Apple baru sahaja memperkenalkan sebuah komputer yang cukup berkuasa tinggi yang dinamakan Mac Studio dengan penggunaan cip Apple M1 Ultra. Akan tetapi, penawaran harganya pula terlalu mahal bagi sesetengah pengguna yang mahukan komputer tersebut.
Oleh itu pihak Apple dilihat sedia menawarkan solusi dengan pilihan yang lebih mampu milik menerusi Mac Mini baharu nanti. Laporan terkini menyatakan Mac Mini baharu akan hadir dengan cip Apple M2 dan M2 Pro berasaskan cip A15 Bionic.
Apple M2 ini didakwa akan menampilkan CPU lapan teras yang sama pada M1 tetapi dengan GPU 10 teras yang lebih berkuasa. Sementara cip M2 Pro pula akan menampilkan CPU 12 teras yang pada asalnya ada 10 teras sahaja di M1 terdahulu.
Komputer Mac Mini baharu ini dijangka akan dilancarkan pada separuh tahun kedua 2022 nanti dan menggantikan Mac Mini M1 yang baru diperkenalkan sebelum ini. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai barisan komputer Apple ini.
Apple baru-baru ini turur melancarkan Apple Mac Studio dengan cip M1 Ultra yang sedia ditawarkan dengan harga RM16,799.
Ditawarkan Pada Harga RM16,799, Apple Lancarkan Mac Studio Dengan Cip M1 Ultra
Apple Studio Display Dengan Paparan 27-inci 5K Retina Dilancarkan Pada Harga RM6,999