TSMC kini dilaporkan sudah bersedia untuk mulai menghasilkan cip 3nm dan Apple bakal menjadi syarikat terawal untuk menggunakan cip tersebut. Selepas Apple, barulah tiba giliran sejumlah syarikat teknologi lain seperti Qualcomm, MediaTek, Broadcom dan banyak lagi.

Cip 3nm menerusi TSMC akan digunakan pada cip Apple silicon Apple M2 yang mana dijangka akan tersedia pada Mac Mini baharu, Mac Pro dan mungkin juga buat MacBook Pro baharu. Apple juga dijangka akan hadir dengan beberapa versi cip M2 seperti M2 Max dan M2 Extreme.

Sumber Gambar: Google Macworld

Dengan kehadiran cip 3nm ini, pengguna boleh menjangkakan penggunaan kuasa yang lebih efisien dan meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik secara komprehensif  pada model-model yang terpilih.

Malah Apple didakwa akan menggunakan teknologi 3nm ini pada cip A17 mereka untuk digunakan pada iPhone. Buat masa ini, butiran berkaitan cip A17 masih belum didedahkan tetapi dijangka akan hadir sekitar hujung tahun ini.

Sebelum ini, Apple juga dilaporkan sudah memesan sejumlah 90 juta iPhone 14 dari pengilang kerana yakin tidak terjejas dengan krisis global.

Yakin Tidak Terjejas Dengan Krisis Global, Apple Memesan 90 Juta iPhone 14 Dari Pengilang

Apple Dijangka Menggunakan Kaca Zirconia Yang Lebih Tahan Lasak Untuk iPhone Dan Apple Watch