Bermula dengan sekadar ura-ura, Apple menerusi acara terbaru mereka secara rasminya telah melancarkan Apple AirPods generasi terbaru.

Menerusi model terbaru ini, Apple menjanjikan penawaran fungsi Spatial Audio beserta sokongan Dolby Atmos. Selain itu, AirPods generasi ketiga ini tampil dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding generasi sebelumnya.

Dari segi kualiti audio, Apple menjanjikan pengalaman pendengaran muzik yang lebih jelas dan menarik. Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan beberapa sensor dalam menawarkan kualiti mikrofon yang lebih baik.

Menariknya, Apple turut meningkatkan masa penggunaan selama 6 jam dan pengguna berpeluang mendengar lagu selama satu jam hanya melalui 5 minit pengecasan sahaja. Sokongan pengecasan melalui MagSafe turut disediakan.

Mengulas dari segi harga, Apple AirPods generasi ketiga sedia ditawarkan dengan harga RM829. Dalam erti kata lain, model ini ditawarkan dengan harga yang sedikit rendah berbanding Apple AirPods Pro.

Turut dilaporkan Apple iPhone 14 dijangka bakal ditawarkan dengan ruang storan 2TB.

Apple iPhone 14 Dijangka Bakal Hadir Dengan Ruang Storan Sehingga 2TB

Kos Untuk Hasilkan Apple iPhone 13 Pro Cuma Sekitar RM2,381 Sahaja