Pagi tadi telah berlangsungnya acara Worldwide Developers Conference 2021 (WWDC21) oleh syarikat Apple. Pelbagai kejutan yang telah diberikan Apple pada pengguna dalam memberikan suatu perubahan yang besar dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda lapan perkara penting yang diumumkan Apple sempena acara WWDC21 yang berlangsung.

1. iOS 15

vocket-rumusan- ios15-website
Sumber Gambar: First Post

Antara fungsi yang akan ditambah dalam iOS 15 ini ialah penambaikkan aplikasi Facetime yang ditawarkan dengan fungsi spatial voice, voice isolation dan new grid view.

Pengenalan Facetime Links pula membolehkan pengguna membuat panggilan dengan pengguna Android dan Window secara terus. Aplikasi iMessage juga hadir dengan fungsi Shared with you di mana anda boleh menyemak konten yang telah dikongsi dengan mudah.

Pengumuman Focus Mode pula membolehkan memadankan agenda anda pada hari ini tersebut serta memilih aplikasi yang dipilih sahaja apabila mengaktifkan mode ini.

Apple Maps diumumkan hadir dengan perubahan terbaharu menerusi fungsi yang lebih terperinci seperti mod waktu malam, penunjuk arah yang lebih terperinci buat para pemandu dan kemampuan seakan berjalan di alam maya menggunakan AR.

2. Apple AirPods

New,Apple,Airpods,Outdoor,Images,With,Apple,Watch,Series,4
Sumber Gambar: Tom Guide

Apple AirPods pula disahkan hadir dengan fungsi Conversation Boost yang berpeluang berfungsi sebagai alat bantu pendengaran bagi yang mengalami gangguan pendengaran yang ringan. Terdapat fungsi baru iaitu Announce Notification akan diselaraskan dengan tetapan kemaskini iOS 15.

Selain itu, para pengguna berpeluang mencari AirPods yang hilang menerusi aplikasi Find My App. Pihak Apple juga sedia menambah fungsi Dolby Atmos pada Apple Music.

3. iPadOS 15

vocket-rumusan- ipados15-website
Sumber Gambar: Medium

Menerusi iPad OS 15, anda ditawarkan App Library yang lebih fleksibel membolehkan anda menyusun widget di mana sahaja serta berpeluang multitask secara terus.

Terdapat juga tools baharu iaitu Quick Note di mana anda boleh swipe dari sisi skrin dan anda boleh menulis catatan dengan pantas menggunakan Apple Pencil.

4. Kemas kini privasi Apple dan pengenalan suara pada Siri

vocket-rumusan-siri-website
Sumber Gambar: Cdnet

Fungsi Siri kini mampu digunakan walaupun tiada sambungan WiFi atau data yang boleh menggurangkan risiko digodam di tempat awam. Selain itu, fungsi Mail Privacy Protection dan Hide My Email juga boleh menyembunyikan alamat IP pengguna, perincian lokasi dan emel dari identiti yang tidak dikenali.

Malahan, Apple akan memperkenalkan laporan privasi bagi aplikasi baru supaya pengguna boleh menjejak bagaimana third party app menggunakan maklumat sulit mereka.

5. macOS Monterey

vocket-rumusan-mcos-monterey-website
Sumber Gambar: Business wire

Salah satu ciri terbesar yang ada pada macOS Monterey ialah Universal Control yang membolehkan anda menggunakan keyboard atau mouse daripada Mac ke iPad dan boleh menggerakkan cursor tanpa perlu memberitahu lokasi peranti tersebut.

6. watchOS 8

vocket-rumusan- watchos8-website
Sumber Gambar: Elitehacksor

Fungsi terbaru yang akan datang pada watchOS 8 menampilkan ciri – ciri terbaru seperti pengesanan tidur tambahan seperti degupan jantung, tahap oksigen di dalam darah dan kadar pernafasan.

Apple juga telah menambahkan pelbagai features kesihatan bagi pengguna yang inginkan gaya hidup sihat. Disertakan juga fungsi menangkap gambar dan menghantar mesej bagi produktiviti seharian.

7. Apple Health

vocket-rumusan-health-app-website-1
Sumber Gambar:iThinkDifferent

Pihak Apple juga turut memperkenalkan ciri kesihatan baru dan wellness features untuk watchOS. Anda kini boleh berkongsi data kesihatan sendiri dengan doktor ataupun ahli keluarga bagi memudahkan anda untuk mengawasi kesihatan anggota keluarga yang sudah uzur. melalui Health app.

Walking Steadiness features merupakan fungsi baru mengesan perubahan gaya hidup dan keseimbangan badan dengan menilai risiko untuk jatuh bagi memberitahu kenalan ataupun ahli keluarga jika ada risiko untuk jatuh atau kemalangan.

8.Kemas kini Apple Homekit

vocket-rumusan-homekit-website
Sumber Gambar: Appleinsider

Menerusi kemas kini iOS 15, anda boleh menggunakan iPhone dan Apple Watch sebagai kunci kereta digital serta kunci utama yang bersesuaian dengan rumah anda. Anda mampu untuk mengawal tvOS melalui arahan suara sahaja. Buat pertama kalinya Apple juga memberi ruang kepada third-party homekit berfungsi dengan menggunakan Siri.

Nampaknya Apple telah membawa banyak perubahan drastik dan lebih terbuka bagi memberi pengalaman baru serta meningkatkan produktiviti bagi pengguna di luar sana. Pelbagai fungsi baru yang diperkenalkan sangat membantu dalam menyelesaikan masalah yang sering berlaku pada hidup seharian.

Ketahui lebih lanjut mengenai iPhone 13 yang bakal dilancarkan Apple pada September ini dengan klik pautan di bawah.

Apple iPhone 13 Pro Mungkin Akan Ditawarkan Dengan Ruang Storan Sehingga 1TB

Apple iPhone 13 Dijangka Lebih Tebal Dengan Bateri Yang Lebih Besar

Mengapa Jenama Telefon Pintar Semakin ‘Ghairah’ Bekerjasama Dengan Syarikat Lensa

5 ‘Case’ iPhone Termahal Dunia Khas Buat Golongan Bangsawan Yang Mahu Tampil Unik

 

Sumber