Pilihan storan dalaman sehingga 1TB merupakan salah satu penawaran yang boleh didapati oleh pelanggan menerusi versi iPhone 13 Pro dan Pro Max. Apple berbuat hal sedemikian untuk memudahkan pengguna menyimpan lebih banyak data untuk kegunaan jangka masa panjang.
Menerusi ura-ura baharu, Apple dikhabarkan bakal menawarkan ruang storan dua kali ganda lebih besar berbanding storan yang tersedia pada iPhone 13 Pro Max menerusi model iPhone 14.
Dalam pada itu, masih belum dipastikan sama ada penawaran storan yang besar ini hanya ditawarkan buat model Pro atau sebaliknya.
Di samping itu, penawaran storan sehingga 2TB mungkin juga dikaitkan dengan fungsi terbaharu rakaman 4K ProRes menerusi barisan versi Pro pada kali ini yang menghasilkan video dengan saiz yang besar.
Seperti yang dijangkakan, siri iPhone 14 kelak bakal hadir dengan rekaan baharu berserta penawaran pilihan saiz storan dalaman yang lebih besar. Terdapat juga kemungkinan siri iPhone generasi akan datang dengan pengecas kabel USB-C ekoran desakan Kesatuan Eropah baru-baru ini.
Sebelum pelancaran iPhone 13 lagi, rekaan iPhone 14 sudahpun mulai tertiris di internet dengan penampilan yang lebih elegan.
Belum Lagi iPhone 13 Dilancarkan, Rekaan iPhone 14 Sudah Mulai Tertiris
Apple Dijangka Tawarkan Siri iPhone 14 Dengan Harga Terendah Beserta Rekaan Serba Baharu