Sehingga ke hari ini, Apple hanya menawarkan pengecas dengan satu sambungan wayar sahaja. Oleh itu, sebahagian pengguna akan mendapatkan pengecas alternatif dengan lebih banyak slot USB seperti Ugreen, Mcdodo dan sebagainya kerana lebih fleksibel untuk kegunaan seharian.

Menerusi laporan 9to5Mac, syarikat Apple pada masa akan datang sedia melancarkan pengecas 35W dengan dua port USB-C. Meskipun pada mulanya dokumen sokongan berkaitan pengecas yang belum dilancarkan ini telah diterbitkan Apple namun ia telah dipadam selepas itu.

Sumber Gambar: 9to5mac

Dengan adanya pengecas 35W ini, pemilik boleh menggunakan sebuah MagSafe Duo dan pengecas USB-C biasa secara terus. Malah, dengan kemampuan pengecasan 35W ini sudah cukup berkuasa untuk mengecas beberapa peranti dalam satu-satu masa dengan mudah.

Selain itu, terdapat spekulasi bahawa Apple juga mungkin menggunakan teknologi GaN yang mana menawarkan saiz pengecas yang lebih kompak. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan pengecasan ini yang sudah lama dinantikan oleh para peminat Apple yang mahukan pengecasan pelbagai peranti secara serentak sekaligus.

Selain itu, MacBook Air 2022 dijangka bakal hadir dengan rekaan yang lebih ‘fresh’ menjelang pertengahan kedua tahun ini.

MacBook Air 2022 Dengan Rekaan Baharu Dijangka Hadir Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini

MacBook Air 2022 Bakal Hadir Dengan Pelbagai Pilihan Warna Baharu Bersama Cip Apple M2