Pelancaran AirPods generasi ketiga oleh pihak Apple pada minggu lalu telah mengesahkan jangkaan penampilan rekaan AirPods yang berbeza. Kini timbul pula gambar tertiris mengenai rekaan bagi model AirPods Pro 2.

Menerusi laman MacRumors, mereka telah berkongsi beberapa gambar tertiris AirPods Pro 2. Seperti yang boleh kita lihat, terdapat dua perbezaan yang ketara ditampilkan pada pod pengecas kali ini di mana mempunyai lubang speaker pada bahagian bawah manakala di bahagian tepi pula terdapat ruang untuk disambungkan pada tali.

Sumber Gambra: MacRumors

Fungsi speaker yang diletakkan pada pod pengecas ini bagi membolehkan AirPods 2 menghasilkan deringan apabila dicari melalui ciri Find My yang bakal tersedia. Dijangkakan lubang untuk tali pula membolehkan pod pengecas itu digantung pada leher untuk mengelakkan kehilangan serta mudah untuk diakses sewaktu bergerak.

Sumber Gambar: MacRumors

Namun begitu, ini hanyalah spekulasi sahaja yang diterbitkan oleh MacRumors selepas menerima gambar yang dipercayai daripada sumber dalaman Apple sendiri. Mengulas mengenai tarikh pelancaran, model terbaru Apple ini dijangka bakal dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Antara jangkaan yang dibuat untuk AirPods Pro generasi baharu sebelum ini adalah ketiadaan ‘ear tips’.

Apple Dijangka Perkenalkan Rekaan Terbaru AirPods Pro Dengan Ketiadaan ‘Ear Tips’

AirPods Pro Perkenalkan Fungsi ‘Conversation Boost’ Menerusi Kemas Kini iOS 15

Sumber