Salah satu peranti yang dinantikan oleh peminat tech di seluruh dunia pada tahun ini sudah semestinya telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone 14. Dengan pelbagai pembaharuan yang dijangkakan pada kali ini, pasti ramai sedang menggangarkan bilakah tarikh pelancaran produk baharu Apple?

Berdasarkan spekulasi awal, Apple berkemungkinan bakal mengadakan acara mereka pada 13 September 2022 dalam memperkenalkan siri iPhone 14 bersama AirPods Pro 2 dan beberapa produk lain. Selain itu, barisan siri iPhone 14 dikatakan hadir dalam empat variasi iaitu iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max.

Sumber Gambar: Bloomberg

Jadi, bermula siri iPhone 14 sudah tiada lagi penawaran versi mini seperti sebelum ini kerana didapati mempunyai permintaan yang rendah. Di samping itu, dikatakan terdapat perbezaan ketara yang mungkin dibawakan pada versi biasa dan versi Pro yang mana versi biasa bakal disertakan cip A15 bionik sementara versi Pro hadir dengan cip A16 bionik.

Untuk AirPods Pro 2 pula, dijangka bakal hadir dengan beberapa ciri menarik termasuklah rekaan yang lebih bergaya, penambah baikan kualiti audio, sokongan memainkan lossless dan juga mungkin integrasi berkaitan kesihatan.

Apa-apa pun, kita hanya boleh menunggu maklumat lanjut berkaitan acara pelancaran yang mungkin dikongsikan oleh pihak Apple tidak lama lagi. Buat mereka yang bercadang untuk mendapatkan iPhone atau AirPods Pro, boleh nantikan penawaran siri terbaharu yang lebih bagus.

Dalam pada itu, Apple juga dilaporkan sedang menguji iPhone dengan sambungan USB-C untuk pasaran Eropah.

Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPhone Dengan Sambungan USB-C Untuk Pasaran Eropah

Mahu Mudahkan Golongan OKU, Apple Perkenalkan Beberapa Ciri Baharu Buat Para Pengguna