Antara produk Apple yang dinantikan oleh para peminat pada tahun ini adalah AirPods Pro 2 yang mana telah sekian lama tidak dikemas kini. Jadi, sudah mulai kedengaran ura-ura berkaitan fon telinga tersebut yang mempunyai pelbagai pembaharuan menarik.

Menurut laporan laman 52 Audio, rekaan luaran pod simpanan AirPords Pro masih kekal sama seperti model sebelumnya cuma kini menggunakan port pengecasan USB-C. Rekaan fon telinga itu juga masih sama dalam masa yang sama hadir dengan ciri mengesan nadi. Ini menjadi pertama kali buat Apple untuk menawarkan ciri sedemikian pada produknya.

Sumber Gambar: Macworld

Peralihan menggunakan port pengecasan USB-C adalah untuk menawarkan pengecasan yang lebih laju serta kemudahan padanan dengan produk lain dan sekaligus menepati piawaian yang ditetapkan oleh EU.

Cip H1 yang serba baharu akan turut menawarkan pengalaman audio dan pembatalan hingar yang lebih baik. AirPods Pro 2 juga dipercayai akan menyokong ciri yang membolehkan ia menjadi alat bantuan pendengaran. Ciri lain yang mungkin akan mempunyai speaker kecil yang membolehkan ia berdering untuk dicari menggunakan Find My.

Selain itu, Apple juga dikatakan tidak memperkenalkan produk AR pada acara WWDC baru-baru ini kerana mahu elak ditiru pesaing.

Mahu Elak Ditiru Pesaing, Apple Mungkin Tidak Perkenalkan Set Kepala AR Pada WWDC Kali Ini

Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPhone Dengan Sambungan USB-C Untuk Pasaran Eropah