Apple Watch sedia membawakan beberapa ciri sensor yang sangat berguna terutamanya buat mereka yang mahu meneliti tahap kesihatan peribadi dengan mudah dan turut tersedia ciri panggilan kecemasan buat mereka yang berusia. Malah, terdapat kes berjaya menyelamatkan nyawa penggunanya seperti insiden di India baru-baru ini.

Menerusi laporan India Today, seorang pengguna jam pintar Apple mendakwa Apple Watch miliknya berjaya menyelamatkan nyawanya yang  diancam oleh penyakit merbahaya. Mangsa yang dikenali Nitish Chopra pada mulanya merasa tidak sedap badan dan mengadu sakit di bahagian dada.

Sumber Gambar: Apple

Lalu dengan bantuan isterinya, beliau segera memakaikan Apple Watch 6 yang dihadiahkan oleh isterinya pada tahun lalu. Dengan menggunakan ciri ECG pada jam tersebut boleh mengetahui status degupan jantungya secara terperinci. Hasil imbasan ECG Apple Watch itu mendapati degupan jantungnya tidak teratur lantas mereka bergegas ke hospital.

Sebaik tiba di hospital, doktor yang memeriksa beliau memaklumkan 99.9% arterinya hampir tersekat sepenuhnya. Terkesan dengan insiden itu, isterinya telah menghantar sebuah e-mel kepada CEO Apple, Tim Cook bagi memaklumkan insiden yang menimpa dan bagaimana Apple telah menyelamatkan nyawa suami tercinta.

Sumber Gambar: Medical News Today

Menariknya, Tim Cook membalas e-mel tersebut dengan mengucapkan terima kasih atas perkongsian insiden yang dialami. Ekoran insiden tersebut jugalah isterinya mahu mendapatkan seutas jam Apple Watch untuk digunakan sendiri bagi tujuan semakan dan beliau sendiri tidak menyangka suaminya menghadapi penyakit kritikal pada usia awal 30-an.

Apple Watch Series 7 kini boleh didapatkan dari harga RM1,749 sahaja di Shopee hari ini. Malah, pengguna tempatan boleh menikmati ciri ECG secara rasmi sejak pertengahan tahun lalu lagi. Apple Watch dilihat sebagai salah satu alternatif pemeriksaan kesihatan kendiri yang boleh dimiliki bagi kegunaan seharian.

Sebelum ini juga, Apple Watch berjaya mengesan penyakit tiriod yang ‘rare’ sekaligus menjadi penyelamat kepada nyawa wanita di Australia ini.

Alami Penyakit Tiriod Yang ‘Rare’, Apple Watch Berjaya Jadi Penyelamat Kepada Nyawa Wanita Ini

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Bagaimana Apple Watch Bantu Selamatkan Lelaki Ini Yang Dilanggar Lari Oleh Sebuah Van

Sumber