Bekerja di syarikat Apple sudah pastinya menjadi idaman buat sejumlah besar orang ramai khususnya yang berada dalam bidang teknologi. Ditawarkan dengan gaji yang tinggi serta kelebihan yang pelbagai antara yang membuatkan pekerjaan di Apple menjadi rebutan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pekerja Apple yang sudah berjaya menduduki jawatan tinggi dalam syarikat iaitu sebagai pengarah Apple dalam bidang machine learning umum berhenti kerja selepas empat tahunb ertugas gara-gara terpaksa kembali ke pejabat.

Menurut, Ia Goodfellow selaku pekerja yang pernah dinobatkan sebagai pekerja terbaik Google dalam bidang AI, beliau menyifatkan arahan untuk kembali bertugas di pejabat sebagai kurang releven buat pasukan kendaliannya. Arahan tersebut sekaligus menjadi sebab utama beliau memilih untuk letak jawatan di syarikat Apple.

Sumber: iconic man

Untuk pengetahuan, syarikat Apple bermula 11 April telah mengeluarkan arahan buat para pekerja untuk bekerja di pejabat sekurang-kurangnya tiga hari seminggu. Arahan tersebut walau bagaimanapun kurang disenangi segelintir pekerja yang terpaksa berulang-alik dalam jarak yang jauh.

Difahamkan, arahan yang dikeluarkan telah membuatkan sekumpulan pekerja yang tidak berpuas hati dengan undang-undang terbaru ini dalam menghantar sebuah surat kepada CEO Apple, Tim Cook dalam memaklumkan arahan yang dikeluarkan tidak disenangi mereka yang terpaksa menjaga diri, keluarga di samping bertugas sebagai pekerja Apple.

Dilaporkan, isu ini bukan sahaja berlaku pada syarikat Apple, malah saranan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mencadangkan orang ramai untuk kembali ke pejabat kurang disenangi oleh sebagai besar pekerja di negara tersebut.

Untuk pengetahuan, ini isu telah berlarutan di mana semakin ramai pekerja Apple umum berhenti bekerja di syarikat berkenaan berikutan polisi tempat bekerja yang diumumkan.

Kecewa Dengan Pelan Dasar Kerja Terbaru, Pekerja Apple ‘Ugut’ Untuk Meletak Jawatan

Mahu Mudahkan Pembelian Minyak, Aplikasi Setel Sedia Ditawarkan Pada Apple Watch

 

Sumber