Musim hujan lebat yang sedang melanda di Malaysia telah menyebabkan banjir sekaligus ramai yang terkesan olehnya. Sudah pasti majoriti mereka yang mempunyai laptop atau komputer yang terkena banjir baru-baru ini mahu menyelamatkan mana-mana komponen yang boleh daripada kerosakan teruk.
Perkongsian yang dibuat olah ahli kumpulan PC Gaming Community MALAYSIA yang bernama Nezam Shah Baharin yang sedia menyediakan beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan laptop atau komputer terkena banjir. Anda diingatkan untuk menyediakan beberapa peralatan untuk membuka bahagian komponen padanya.
1. Sediakan pemutar skru untuk menanggalkan komponen dalaman
Pertama sekali, anda perlu ada sebuah pemutar skru Philips untuk menanggalkan semua bahagian komponen yang terdapat di dalamnya. Ini termasuklah komponen seperti motherboard, power supply, RAM, hard disk, GPU dan CPU.
Komponen yang paling wajib ditanggalkan adalah bateri, power connector, dan power supply untuk mengelakkan litar pintas semasa proses pencucian. Semestinya majoriti komputer yang terkena banjir sudah tenggelam sepenuhnya. Maka, setiap komponen sudah pasti terkena air berselut barangkali yang perlu dibersihkan.
2. Menilai jenis air yang terkena pada komponen terbabit
Oleh itu, anda perlu menilai sama ada komputer tersebut terendam pada air biasa atau air bercampur selut. Terdapat perbezaan teknik pembersihan yang perlu digunakan untuk memastikan setiap komponen boleh bersih dari kotoran yang terkena akibat terendam.
3. Bersihkan mengikut cara yang betul berdasarkan jenis air
Jika komputer itu terkena air yang berselut, anda mesti membuang semua selut yang melekat padanya dan kemudian dicuci sehingga bersih. Hal ini kerana selut yang melekat boleh memberi kesan kepada proses operasi sesuatu komponen itu.
Sementara untuk yang terkena dengan air biasa, anda juga perlu bersihkan dengan air bersih sampai tidak nampak kesan kotoran. Perlu diingatkan jangan pula anda biarkan komputer terendam dalam air dalam masa yang lama kerana takut menyebabkan terdapat komponen yang berkarat pula selepas itu.
4. Keringkan komponen dengan teknik yang betul
Semasa proses pengeringan pula, anda hanya biarkan kesemua komponen kering dengan sendirinya secara semula jadi. Selain ia lebih selamat, komponen dalaman boleh dikeringkan mengikut tahap suhu yang sewajarnya.
Tidak perlu menggunakan pakai heater atau seumpamanya untuk pengeringan kerana dikhuatiri menyebabkan kepanasan yang berlebihan pada komponen sensitif di motherboard. Walaupun anda sering mendengar mengenai penggunaan beras untuk keringkan peranti yang terkena, air anda diminta untuk tidak berbuat sedemikian pula.
Secara asasnya, komponen-komponen ini boleh kering pada tempat suhu bilik dalam enam jam sahaja tetapi digalakkan sehingga 24 jam supaya ia benar-benar kering dan boleh beroperasi apabila dipasang nanti. Kipas masih boleh digunakan bagi memudahkan angin mengalir dan membantu proses pengeringan dengan lebih baik.
5. Meneliti setiap komponen yang dikeringkan jika terdapat karat padanya
Selepas sudah melalui proses pengeringan, anda perlu meneliti setiap komponen yang ditanggalkan terdapat kesan karat atau sebaliknya padanya. Kebiasaannya jika terdapat warna oren pada komponen tersebut bermaksud ia sudah lama berkarat. Warna putih pula menandakan ia baru nak berkarat.
Jika anda ternampak warna hijau crusty pada sesebuah komponen, ia menunjukkan sebahagian besi dah lama tenggelam dan ingin bertukar menjadi karat.
6. Dapatkan barangan untuk membersihkan karat
Sumber Gambar: ShopeeKemudian, anda perlu mendapatkan isoproply alkohol yang boleh dibeli di kedai hardware mahupun di dalam talian untuk menanggalkan kesan karat itu. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan air baking soda dengan air atau cuka untuk membuat pembersihan kesan karat.
Seterusnya, letakkan alkohol atau campuran air tersebut pada cotton swab dan sapukan pada bahagian kesan karat sehingga bersih. Gambar juga boleh diambil sebelum dan selepas proses untuk rujukan kemudian hari.
Hal ini juga penting kerana sekiranya ia tidak boleh beroperasi apabila dipasang bolehlah mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang lebih arif atau ke kedai komputer berdekatan anda.
7. Pastikan semua komponen kering sepenuhnya sebelum pemasangan
Untuk proses pemasangan semula, anda diminta meneliti secara terperinci setiap komponen berada di dalam keadaan yang benar-benar kering.Jika sudah pasti ia benar-benar kering, barulah memulakan proses pemasangan kesemua komponen seperti sedia kala.
Sekiranya kalau terdapat masalah ketika hendak menghidupkan komputer atau laptop tersebut, anda boleh merujuk ke kedai komputer berdekatan untuk bantuan lanjut. Di samping itu, tampilkan bersama gambar yang diambil bagi rujukan techinician.
Menerusi tips di atas, anda sekurang-kurangnya boleh menggurangkan kerosakan yang boleh berlaku pada komponen-komponen tersebut sekiranya mendapatkan pengeringan yang sewajarnya. Selain itu, anda juga berpeluang menjimatkan wang bagi kegunaan lain pula jika ia masih beroperasi seperti sedia kala.
Selain itu, anda juga boleh menyertai program baik pulih secara percuma bagi barangan Samsung yang dimiliki ekoran terjejas banjir.
Samsung Umum Bantuan Baik Pulih Secara Percuma Bagi Barangan Terjejas Banjir
TM Sedia Gantikan Peralatan unifi Yang Rosak Ekoran Banjir Secara Percuma