Rangkaian internet unifi mempunyai jumlah pelanggan yang besar di seluruh Malaysia dan sebahagian mereka menghadapi masalah sambungan internet ekoran kerosakan peralatan penghala yang terjejas banjir. Oleh itu, Telekom Malaysia juga di dalam kesempatan ini ingin membantu para pelanggannya dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Telekom Malaysia kini menyatakan mereka sedia menggantikan peralatan unifi yang rosak akibat banjir secara percuma. Usaha ini diambil bagi meringankan beban mereka yang terjejas serta memastikan sambungan internet boleh diakses oleh pelanggannya untuk melakukan urusan seharian seperti sedia kala.

Sumber Gambar: Twitter unifi

Buat pelanggan unifi yang terjejas, kini anda boleh meminta penggantian peralatan rosak tersebut menerusi Chatbot unifi atau talian 100. Dalam masa yang sama, pihak TM juga memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan sepanjang gangguan perkhidmatan akibat banjir.

Pengguna turut boleh menyemak status terkini perkhidmatan unifi melalui laman khusus unifi Alert yang disediakan TM. Semoga dengan penggantian peralatan baharu ini boleh melancarkan semula segala urusan yang tergendala sebelum ini.

Baru-baru ini, Shopee turut menawarkan pemulangan wang serta membatalkan sebahagian pembelian pelanggan ekoran banjir yang menimpa.

Ekoran Banjir, Shopee Sedia Pulangkan Wang Serta Batalkan Sebahagian Pembelian Pelanggan

Ketahui Cara Menyumbang Buat Mangsa Banjir Semudah Guna Aplikasi Touch ‘n Go eWallet

Sumber