Pada minggu ini, dapat dilihat pelbagai pihak tampil dalam memberikan bantuan kepada mangsa yang ditimpa musibah banjir pada ketika ini. Samsung Malaysia juga mengambil inisiatif untuk membantu para pelanggan jenama tersebut yang terkesan ekoran banjir.

Terbaharu, Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan  bantuan di bawah Flood Relief Program. Menerusinya, servis pembersihan secara percuma, pemeriksaan dan juga pengecualian kos pengecualian kos upah untuk baik pulih antara yang ditawarkan buat sebarang produk Samsung yang terjejas akibat banjir.

Sumber Gambar: Samsung Newsroom

Tempoh program bantuan ini akan ditawarkan sehingga 31 Januari kelak. Bagi pelanggan yang terjejas, anda boleh hubungi 1800-88-9999 atau menerusi Samsung Members dan laman rasmi Samsung pada bila-bila masa dalam tempoh berkenaan untuk mendapatkan lanjut dan membuat temujanji bagi program ini.

Selain itu, Samsung mengingatkan orang ramai bahawa pembersihan dan pemeriksaan percuma hanya ditawarkan untuk produk Samsung yang mengalami kerosakkan air disebabkan banjir sahaja dan bukan pula kerosakkan fizikal. Oleh itu, anda bolehlah membuat temu janji untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut produk Samsung masing-masing.

Selain Samsung, Apple juga turut prihatin dengan musibah yang menimpa rakyat Malaysia dan sedia memberi sumbangan kepada mereka.

Prihatin Dengan Bencana Yang Menimpa, Apple Sedia Sumbangkan Bantuan Buat Malaysia

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

Sumber