Penghasilan cip pemprosesan untuk pelbagai peranti elektronik dilaporkan sangat terkesan sejak berlakunya pandemik pada tahun lalu. Majoriti syarikat gergasi teknologi terpaksa berhenti seketika menghasilkan peranti terbaru mereka berikutan masalah kekurangan bekalan cip di peringkat global. 

Lanjutan daripada masalah tersebut, penganalisis menjangkakan isu ini bakal berlarutan sehingga tahun 2022 yang sekaligus bakal memberi kesan kepada penawaran harga gadget yang lebih tinggi. Disebabkan kekangan bekalan cip jugalah, kos yang tinggi perlu diserap oleh diserahkan kepada pihak pengguna. 

Sumber Gambar: Plan N Design

Terdapat kemungkinan perkara ini akan berlarutan sehingga dua tahun lamanya sebelum kembali kepada sedia kala. Harga telefon pintar dan peranti elektronik lain akan meningkat sebanyak 10% sehingga akhir tahun ini dan boleh jadi ianya melonjak naik lebih lagi menerusi tahun 2022 kelak.

Apple dan Samsung sebelum ini sudahpun memberikan peringatan tentang kekurangan komponen yang bakal mempengaruhi penghantaran di peringkat global. Pembuat cip utama, TSMC yang mempunyai klien ternama seperti Apple dan Qualcomm dilaporkan merancang kenaikan harga cip yang boleh menyebabkan harga telefon pintar dan komputer meningkat pada tahun hadapan.

Sumber Gambar: Apple Insider

Difahamkan isu cip ini tidak akan melambatkan pengenalan siri iPhone 13 akan tetapi akan memberi impak kepada jumlah penawaran kelak.

Sebahagian penawaran produk baharu Apple dijangka akan terdapat dalam kuantiti yang terhad berikutan masalah bekalan cip pemprosesan di peringkat global.

Masalah Bekalan Cip Pemprosesan Mungkin Jejaskan Penawaran Produk Baharu Apple

Apple Watch Series 7 Dijangka Akan Ditawarkan Dalam Kuantiti Yang Terhad

Sumber