Jumlah simpanan dan data di dalam komputer boleh menyebabkan ruang tidak mencukupi. Maka, ramai memilih untuk mendapatkan Portable SSD berbaloi bagi menyimpan fail-fail penting mereka terutamanya berkaitan perkerjaan atau projek besar.

Penggunaan Portable SSD ini dilihat lebih fleksible kerana ia mudah dibawa dan boleh dipasang pada komputer atau laptop lain sekiranya berlaku kerosakan pada komputer utama yang digunakan. Oleh itu, mari kita lihat enam pilihan Portable SSD berbaloi yang boleh didapatkan di Shopee.

1. Transcend ESD240C Portable SSD

portable ssd terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Transcend ESD240C Portable SSD ini sedia menawarkan prestasi terbaik dalam masa yang sama masih harga mampu milik. Model ini didatangkan dengan kapasiti ruangan mencecah 480GB  yang sesuai untuk digunakan untuk menyimpan gambar, video dan sejumlah fail. Kelajuan pemindahan fail pula dikira agak baik bagi urusan seharian.

Rekaan pula sangatlah kompak serta yang mana tampil lebih tahan lasak dengan bahan binaan diperbuat daripada aluminium. Ciri lain yang menarik seperti Transcend Elite bagi tujuan keselamatan, USB 3.1 Gen2 dengan SCSI Protocol dan lengkap bersama kabel jenis-C dan jenis-A.

Kini anda berpeluang mendapatkan sebuah Portable SSD yang berpretasi tinggi pada harga serendah RM189 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Transcend ESD240C Portable SSD

2. Seagate One Touch Portable SSD

Sumber Gambar: Shopee

Salah satu Portable SSD terbaik menjadi pilihan pengguna adalah Seagate One Touch Portable SSD. Dengan penawaran harga berbaloi, anda boleh mendapatkan sebuah Portable SSD dengan rekaan elegan serta berprestasi tinggi. Dari segi kelajuan pindahan pula mencecah 1030MB/s read dan 1030MB/s yang mana boleh mengendalikan fail besar dengan lancar.

Pilihan saiz kapasiti boleh mencapai 2TB yang memang sesuai bagi heavy user. Menerusinya, terdapat beberapa ciri yang sangat berguna seperti perisian Sync Plus untuk file backup, AES password protection dan juga aplikasi khas di peranti Android untuk tujuan backup video, gambar dan banyak lagi.

Anda boleh dapatkan Seagate One Touch Portable SSD pada harga RM378 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Seagate One Touch Portable SSD

3. SanDisk Portable SSD E30

portable ssd terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, SanDisk sebagai jenama dipercayai di dalam pasaran turut menawarkan sebuah model portable SSD E30 yang sesuai digunakan oleh mereka yang sering bergerak sewaktu berkerja kerana saiznya kompak serta tahan lasak. Walaupun saiznya tampak kecil, ia masih didatangkan pilihan kapasiti simpanan mencecah 2TB.

Menariknya, SanDisk menyediakan penyangkut getah yang boleh disematkan pada beg agar tidak tertinggal pula. Ciri lain yang disertakan seperti USB 3.2 generasi terkini, kalis air IP55 serta kelajuan pindahan fail yang baik yang pasti melancarkan lagi kerja anda menerusinya.

Jika anda berminat dengan portable SSD keluaran SanDisk ini, kini harga yang ditawarkan adalah RM399.50 di Shopee

 Beli Sekarang SanDisk Portable SSD E30

4. Kingston XS2000 Portable SSD

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, Kingston XS2000 Portable SSD adalah pilihan yang baik yang bersesuaian untuk simpan gambar dan video beresolusi tinggi. Terdapat pelbagai pilihan saiz kapisiti mengikut keperluan bermula 500GB sehinggalah 2TB. Didatangkan dengan rekaan yang cukup kompak yang berat sekitar 28.9g sahaja.

Kehebatan model ini adalah kemampuan kepantasan write & read fail yang sangat bagus yang mana mencapai 2000MB/s. Ciri terbaik yang disertakan padanya termasuklah kalis air IP55, kalis habuk, kalis impak jatuh, USB-C bersama dua USB3.2 Gen 2. Malah, anda juga boleh menggunakannya untuk menambah ruangan storan di PS5.

Jika anda berminat dengan Portable SSD keluaran Kingston ini, kini ia ditawarkan pada harga RM403 sahaja melalui Shopee.

Beli Sekarang Seterusnya, Kingston XS2000 Portable SSD

5. WD Passport NVME Portable SSD

Sumber Gambar: Shopee

Selain daripada itu, anda boleh mencuba model WD Passport NVME Portable SSD yang menawarkan pretasi yang baik dengan harga berpatutan. Model ini didatangkan dengan satu pilihan saiz kapasiti iaitu 1TB yang mana mempunyai kadar kelajuan pindahan yang tinggi yang sesuai untuk heavy user.

Kehadiran teknologi NVMe™ boleh memastikan data anda selamat kerana dilindungi dengan kata laluan. Ditambah pula dengan perisian auto backup yang membolehkan anda mengakses sebarang fail yang mungkin terpadam secara tidak sengaja dan seumpamanya. Lengkap bersama beberapa port USB yang dapat memudahkan anda memindahkan fail pada pelbagai peranti sekaligus.

Kini model WD Passport NVME Portable SSD sedia ditawarkan dengan harga RM625 di Shopee.

Beli Sekarang WD Passport NVME Portable SSD 

6. Samsung Portable SSD T7

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, Samsung juga sedia menawarkan sebuah Portable SSD yang padu bagi pelbagai kegunaan terutamanya bagi mereka yang sering menyimpan sejumlah yang besar. Menerusinya, anda boleh menjangkakan prestasi kelajuan pindahan yang baik serta mempunyai ciri perlindungan pada data fail yang disimpan.

Selain itu, model ini hadir dengan rekaan yang kompak dan tahan lasak seperti ciri kalis air, tahan impak yang boleh memastikan ia boleh bertahan dalam jangka masa panjang. Bahkan, Samsung membawakan teknologi ePCM dan Dynamic Thermal Guard untuk mengawal suhu yang optimum pada perkakasan berkenaan.

Anda boleh dapatkan Samsung Portable SSD T7 yang berharga RM783 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Samsung Portable SSD T7

Berdasarkan penelitian yang dibuat secara terperinci, model yang paling berbaloi didapatkan adalah Kingston XS200 Portable SSD. Model ini hadir dengan kelajuan pindahan fail yang sangat tinggi bersama kapasiti ruangan yang besar. Selain itu, rekaannya juga kompak dan tahan lasak bagi kegunaan harian anda.

Dengan penyenaraian beberapa pilihan model Portable SSD ini, anda boleh melihat model yang paling bersesuaian dengan keperluan anda. Portable SSD sudah menjadi salah satu barang wajib pada masa kini dalam menampung keperluan simpanan fail yang bersaiz besar.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan CCTV yang berkualiti dan berbaloi di Shopee bagi tujuan menjaga keselamatan halaman rumah anda.

6 CCTV Yang Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Pengawasan Keselamatan Sekitar Rumah Anda

Berbaloi Dan Tahan Lasak, Ini 6 Dashcam Berbaloi Didapatkan Dengan Kualiti Video Yang Baik

Sumber