Bagi anda yang sering menghadap komputer untuk bermain game tentunya mahukan kerusi gaming premium yang terbaik dan berkualiti. Tambahan pula, boleh dikatakan setiap sesi bermain game sudah pasti mengambil masa berjam-jam.

Jika anda berkerja dari rumah pula, kerusi gaming ini juga boleh digunakan untuk membuat kerja pejabat kerana selesa untuk duduk dalam tempoh yang lama. Jadi dalam artikel ini, kami akan kongsikan kerusi gaming premium terbaik yang sedia ditawarkan menerusi Shopee hari ini.

1. Tomaz Syrix II 

kerusi gaming premium
Sumber Gambar: Shopee

Kerusi gaming premium ini diperbuat khas untuk keselesaan anda bermain game dalam tempoh yang lama. Tomaz Syrix II tampil dengan rekaan yang elegan serta kukuh dan menampung berat sehingga 160kg.  Tempat duduk kerusi ini boleh dilaraskan sehingga 165° dilengkapi juga bantal kepala untuk menambah keselesaan anda ketika duduk padanya.

Kerusi gaming Tomaz ini sangat ideal untuk anda yang duduk menggunakan komputer pada jangka tempoh yang lama kerana terdapat tempat penyandar lengan dan ketinggian kerusi yang boleh dilaras. Selain itu, tempat duduk kerusi ini diperbuat daripada fabrik supaya anda tidak merasa panas walaupun duduk dalam tempoh lama.

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah kerusi gaming yang berkualiti pada harga mesra poket, kini dijual pada harga serendah RM550 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Tomaz Syrix II

2. Todak Alpha Premium Gaming Chair

kerusi gaming premium
Sumber Gambar: Shopee

Todak juga merupakan antara pilihan kerusi gaming terbaik yang dihasilkan oleh anak tempatan kita. Kerusi Alpha Premium ini boleh dikatakan sangat berbaloi dengan kualiti dan ciri menaik padanya. Kerusi ini boleh tahan berat sehingga 150kg dengan sokongan rangka logam yang kukuh.

Tempat sandar belakang pula boleh dilaraskan sehingga 170° dan juga tempat letak tangan yang boleh diubah dalam empat posisi berlainan untuk keselesaan jangka masa lama sewaktu digunakan. Disebabkan kulit diperbuat dari PU Leather, maka ia lebih tahan lasak tetapi perlukan penjagaan yang lebih cermat.

Todak Alpha Premium Gaming Chair boleh didapatkan pada harga RM1,118 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Alpha Premium Gaming Chair

3. Anda Seat Kaiser

Sumber Gambar: Shopee

Salah satu jenama yang sedang melonjak naik dalam penawaran kerusi gaming premium adalah Anda Seat. Kekuatan kerusi gaming series kali ini adalah rekaan yang minimalis sekaligus kelihatan premium. Tempat sandar belakang pula boleh dilaraskan sehingga 160° yang buatkan posisi anda seperti berbaring sekaligus boleh tidur seketika selepas penat menghadap komputer.

Kerusi ini cukup kukuh untuk menampung berat badan sesesorang sehingga 180kg menerusinya. Ditambah pula dengan kulit yang diperbuat dari PVC Leather dan Carbon Fiber membuatkan anda lebih selesa untuk duduk pada tempoh yang lama.

Sekiranya anda mahukan sebuah kerusi gaming yang minimalis dan ergonomik, boleh dapatkan Anda Seat Kaiser pada harga RM1,287 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Anda Seat Kaiser

4. NobleChairs Epic Mercedes – AMG Petronas F1 Edition

Sumber Gambar: Shopee

Untuk anda yang benar mahu-mahu sebuah kerusi yang cukup premium bagi kegunaan seperti livestream dan sebagainya, ada satu model kerusi padu yang ditawarkan dari Noblechairs dengan kolaborasi bersama Mercedes & Petronas. Kerusi gaming ini dihasilkan seumpama kerusi F1.

Seterusnya, kerusi ini turut boleh dilaraskan sehingga 135° serta mengubah tempat letak tangan mengikut keselesaan pengguna. Tapak yang diperbuat daripada aluminium boleh menyokong berat badan sehingga 120kg sahaja. Menariknya, sudah pasti hasil akhir produk yang cukup kemas dan cantik bersama jahitan logo Mercedes.

Untuk anda yang mahu tampil unik sewaktu livestream, sememangnya wajib mendapatkan kerusi ini yang mana kini ditawarkan pada harga RM2,198 melalui Shopee.

Beli Sekarang NobleChairs Epic Mercedes – AMG Petronas F1 Edition

5. Gaming Asus ROG Chariot

Sumber Gambar: Shopee

Untuk melengkapkan senarai kali ini, sudah pasti jenama Asus ROG bakal menjadi salah satu pilihan oleh para gamer untuk mendapatkan kerusi gaming yang gempak. Kerusi ini hadir dengan rekaan bercirikan pro-gamer seperti biasa tetapi uniknya terdapat lampu Aura RGB yang boleh dilaraskan dari segi warna serta efeknya.

Tempat sandar badan juga boleh dilaraskan sehingga 145°  dengan ciri 4D armrest serta boleh menyokong berat badan sehingga 120kg. Bantar lumbar yang disediakan juga lebih panjang sekaligus membuatkan kerusi ini lebih selesa. Malah, anda juga boleh mengubah ketinggian kerusi untuk mendapatkan kedudukan kaki yang lebih sesuai.

Jika anda mahukan sebuah kerusi gaming yang unik dan premium berbanding kerusi lain di pasaran, kini boleh dapatkan pada harga RM2,388 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Gaming Asus ROG Chariot

Jika diamati secara terperinci bagi setiap kerusi yang disenaraikan, kerusi gaming yang ditawarkan oleh RM1,118 sangatlah berbaloi. Hal ini kerana kerusinya sangat berkualiti serta menyertakan sejumlah ciri menarik pada masa yang sama masih ditawarkan pada harga mesra poket.

Sememangnya banyak pilihan kerusi gaming terbaik di pasaran. Namun begitu, untuk membuat pilihan selain dari harga, anda perlu memilih kerusi yang mampu memberikan tempoh jaminan yang lama agar berbaloi dengan duit yang dibelanjakan.

Sementara itu, anda juga mesti mahu mengetahui lebih lanjut mengenai kerusi gaming cockpit yang digunakan oleh sebahagian bangsa kayangan di luar sana.

Berharga RM27,000, Kenali Kerusi Gaming Cockpit Yang Viral Di TikTok Ini

Bauhette Lancar Tilam ‘Gaming’ Dengan Harga Serendah RM1,068 Sahaja

Sumber