Syarikat Bauhette yang berasal dari Jepun ini telah pun menawarkan sejumlah barangan gaya hidup permainan yang merangkumi kerusi, meja, pakaian dan sebagainya. Kini mereka hasilkan pula sebuah tilam gaming yang direka khas untuk pemain di luar sana.

Bauhette telah bekerjasama dengan pembuat tilam yang tersohor di sana untuk menghasilkan sebuah tilam yang berkualiti serta sesuai dipakai oleh semua orang. Tilam ini sangat fleksible sehinggakan boleh menyokong sebarang posisi kedudukan pengguna bagi memberikan keselesaan sepanjang sesi permainan.

Sumber Gambar: Hypebeast
Sumber Gambar: Bauhette

Malah ia sangat senang dilipat untuk disimpan pada ruangan yang kecil dan sekaligus membolehkan anda membasuh tilam tersebut dengan mudah. Tilam ini didatangkan dengan tiga saiz iaitu single, semi-double dan double.

Harga penawaran untuk sesebuah tilam boleh didapati sekitar $256 (~RM1,068) sehingga $391 (~RM1,631). Tetapi sekiranya anda mahu set katil lengkap persis seorang gamer profesional, klik di sini.

Baru-baru ini jenama Razer juga ada melancarkan sepasang sarung jari gaming pada harga RM42 sahaja untuk pengalaman permainan yang baik.

Razer Lancar Sarung Jari Untuk ‘Gaming’ Pada Harga RM42 Sahaja

Razer Sedia Jalankan Ujian Beta Bagi Pelitup Muka Pintar Zephyr Buat Mereka Yang Berminat