Razer sememangnya jenama yang terkenal di kalangan para peminat permainan video oleh kerana penawaran produk yang memberikan pengalaman permainan yang menyeronokkan. Produk Razer kini sudah tidak terhad kepada perkakasan komputer sahaja, malahan sudah diperluaskan ke lebih banyak cabang lagi.

Terkini, Razer telah melancarkan sarung jari gaming yang dikenali sebagai Razer Gaming Finger Sleeves. Razer Gaming Sleeves telah direka untuk menyerap peluh dan menggurangkan geseran pada skrin telefon pintar anda. Secara tidak langsung, anda berpeluang bermain permainan video dengan lebih selesa serta meningkatkan prestasi permainan sekaligus.

Sumber Gambar: Razer

Sarung jari ini sangat elastik yang membuatkan ianya boleh dimuatkan pada semua saiz jari pengguna. Untuk memastikan keselesaan jari yang berterusan, sarung jari ini telah dihasilkan dengan nipis serta mempunyai ruang udara bagi pengaliran udara. Anda juga boleh membasuh sarung jari tersebut untuk menjaga kebersihan sekiranya sering digunakan.

Razer menawarkan sarung jari gaming ini secara global bermula pada harga $10 (~RM42). Jika anda sering menghadapi masalah jari berpeluh ataupun skrin paparan yang tidak mempunyai sensitivity yang tinggi, ini merupakan solusi buat anda dalam mendapatkan pengalaman permainan yang baik.

Selain itu, Razer juga menawarkan pelitup muka pintar yang mempunyai pelbagai fungsi kepada mereka yang berminat. 

Razer Sedia Jalankan Ujian Beta Bagi Pelitup Muka Pintar Zephyr Buat Mereka Yang Berminat

Bermula Sebagai ‘April Fool’, Razer Secara Rasmi Bakal Keluarkan Pembakar Roti

Sumber