Sekiranya anda merupakan seorang gamer, kami yakin anda pasti pernah melibat video di YouTube atau TikTok di mana seorang gamer duduk di atas sebuah kerusi ‘terapung’ yang serba lengkap dengan komputer berkuasa tinggi seolah-olah berada dalam cockpit kapal angkasa lepas.

Rekannya yang futuristik dan selesa membuatkan ramai para gamer berminat untuk mendapatkannya dalam memperoleh pengalaman bermain game yang lebih menarik. Salah satu syarikat yang menawarkan kerusi gaming cockpit ini adalah daripada syarikat Ingrem.

Ketahui syarikat Ingrem

https://www.instagram.com/p/CRHJDdng9V3/

Syarikat Ingrem merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di China dan aktif mengeluarkan stesen permainan dalam indutsri gaming. Kerusi prototaip mula dihasilkan syarikat ini dilancarkan pada tahun 2013.

Dua tahun berikutanya, mereka telah memperkenalkan konsep kerusi gaming cockpit untuk pasaran global. Produk mereka telah mendapat permintaan yang tinggi dari lebih 30 buah negara serata dunia.

Sehingga kini, mereka masih menghasilkan kerusi gaming cockpit bagi memenuhi permintaan semasa terutamanya di dalam era pandemik ini. Pelbagai sektor industri telah menggunakan kerusi ini disebabkan oleh rekaan yang ergonomik serta teknologi yang tinggi telah beri keselasaan kepada pengguna.

@ingremgametech

Veyron vs Orionx? #pc #pcsetup #cpu #gpu #gamingpc #setup #gamingsetup

♬ original sound – Ingrem Gaming Tech

Untuk makluman semua, kerusi gaming cockpit telah direka khas sebagai all-in-one gaming chair bagi memudahkan pengguna duduk di hadapan monitor skrin untuk jangka masa lama yang lebih menyelesakan. Pada kali ini, kami akan bandingkan perbezaan kerusi gaming cockpit yang dikeluarkan oleh syarikat Ingrem iaitu Ingrem Veyron dan Ingrem Orion X.

Ingrem Veyron

https://www.instagram.com/p/CKqvGoOgK5F/

Model Ingrem Veyron merupakan sebuah kerusi gaming cockpit yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi berserta teknologi yang tinggi. Pada model ini, akan hadir dengan tiga skrin monitor yang luas untuk memberikan paparan panorama yang cantik serta membenarkan tiga konten berlainan dipasang sekaligus.

Kerusi yang boleh dilaraskan sehingga 127 darjah membolehkan pengguna duduk dalam keadaan yang selesa dengan mudah. Alas kepala dan tangan turut boleh dilaras juga membantu keselesaan pengguna untuk jangka masa panjang.

perbezaan kerusi gaming
Sumber Gambar: Ingrem

Pada bahagian bawah cockpit pula, terdapat fungsi sokongan kaki yang membantu bagi mengelakkan masalah kekejangan kaki akibat berada dalam posisi yang sama pada jangka masa panjang.

Menariknya, cockpit turut menawarkan fungsi urutan pada bahagian badan bagi meredakan kelenguhan semasa sesi permainan yang panjang. Kerusi ini turut dilengkapi dengan sistem haba bagi menghangatkan badan pengguna sekiranya suhu bilik yang terlalu sejuk.

Perbezaan kerusi gaming
Sumber Gambar: Ingrem

Keyboard tray yang boleh dilaraskan juga memudahkan pengguna untuk bergerak masuk dan keluar dari kerusi tersebut. Panel kawalan yang mempunyai 10 jenis mod pelarasan terletak pada bahagian tempat letak tangan yang mudah untuk dicapai oleh pengguna.

Selain itu, terdapat lampu RGB pada rangka yang mempunyai pelbagai pilihan warna yang boleh ditukar bagi menambahkan ambien persekitaran yang menarik. Harga yang ditawarkan pula sekitar RM27,633 di laman web rasmi Ingrem

Pro

  • Boleh melaraskan monitor secara automatik mengikut kesesuaian pengguna.
  • Boleh melaraskan kerusi dan monitor secara berasingan.

Cons

  • Menggunakan ruang yang banyak.
  • Pilihan warna rangka yang terhad.

Harga: $6,599 (~RM27,663)

Ingrem Orion X

https://www.instagram.com/p/CMKvFjSg87d/

Model Ingrem Orion X ini juga tidak kurang hebatnya dengan model di atas. Ia hadir dengan rekaan yang lebih futuristik serta kelihatan lebih premium. Penawaran pilihan kombinasi warna rangka yang banyak boleh memberikan kelainan kepada pengguna.

Ingrem Orion X hanya menyediakan satu skrin monitor berkualiti tinggi yang sudah cukup untuk menawarkan pengalaman paparan yang menarik. Selain itu, terdapat fungsi Zero Gravity di mana boleh mengerakkan seluruh rangka badan kerusi yang membuatkan anda seperti terapung-apung di awangan.

vocket-tech-kerusi-orion-4
Sumber Gambar: Ingrem

Reka bentuk kerusi seperti racing seat yang mengikut bentuk badan sangat menyelesakan untuk jangka masa panjang. Pada bahagian tempat rehat tangan turut hadir dengan empat port usb serta case wireless charging bagi memudahkan pengecasan telefon pintar dan pemindahan data dari komputer ke pelbagai peranti. 

Bahagian kepala pula mempunyai HD bluetooth speaker pada kedua belah-belah bahagian yang berpeluang merasai bunyi yang immersif sewaktu menonton konten di paparan skrin. Masih tersedia butang pelarasan seperti model di atas tetapi dengan fungsi yang terhad. 

vocket-tech-kerusi-orion-3
Sumber Gambar: Ingrem

Tapak yang turut hadir dengan roda dapat memudahkan pengguna untuk mengalih cockpit ini ke tempat lain. Cara bukaan tempat letak tempat tangan seperti pintu sport car juga memudahkan pengguna untuk bergerak keluar daripada tempat duduk.

Bahan yang digunakan pada kerusi diperbuat daripada leather yang berkualiti bagi ketahanan yang lama. Sekiranya anda berminat dengan kerusi gaming yang serba canggih ini boleh dapatkan di laman web rasmi Ingrem pada harga serendah RM27,243 sahaja.

 Pro 

  • Menggunakan ruang yang sedikit.
  • Pelbagai warna rangka yang boleh dipilih.

Cons

  • Perlu melaras skrin monitor secara manual.
  • Tidak boleh menggerakkan skrin dan kerusi secara berasingan.
  • Mod pelarasan yang terhad.

Harga: $6,499 (~RM27,243)

Harga yang ditawarkan untuk kedua-dua model dapat dilihat tidak terlalu berbeza, malahan terdapat keunikan yang tersendiri. Fungsi yang tersedia dapat memberikan pengalaman luar biasa serta keselesaan kepada para pengguna.

Kerusi ini juga boleh dijadikan sebagai stesen kerja kerana fungsinya sangat membantu untuk meningkat produktiviti sewaktu berkerja. Sekiranya anda tidak kisah untuk berbelanja besar untuk mendapatkan kerusi gaming yang futuristik, selesa untuk bermain game, mungkin kerusi gaming cockpit daripada Ingrem antara yang boleh anda pertimbangkan.

Selain anda mendapatkan kerusi gaming yang berteknologi tinggi, anda juga boleh menggunakan gadget pilihan untuk menukar rumah menjadi ‘smart home’.

6 Gadget Yang Perlu Anda Dapatkan Untuk Ubah Rumah Menjadi ‘Smart Home’

Hadir Dengan Teknologi AI, ‘Smart Home’ Ini Dijual Pada Harga RM200,000

 

Sumber