Mohd Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz sememangnya sangat terkenal di dalam arena e-Sukan Malaysia. Beliau dahulunya sudah memenangi pelbagai pertandingan terkemuka permainan Mobile Legends sekaligus mengharumkan nama Malaysia di serantau Asia dan menjadi sumber inspirasi anak muda tempatan.

Terkini, Soloz telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Negeri Sembilan bersempena dengan Hari Keputeraan ke-74, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Istiadat pengurniaan ini berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sumber Gambar: Instagram solozsoloz

Untuk makluman, Soloz merupakan antara personaliti e-Sukan yang popular disebabkan oleh pencapaian beliau sepanjang karier bergelar sebagai pemain profesional yang mana pernah mewakili Malaysia dalam Sukan SEA di Filipina dan berjaya menyumbang pingat gangsa bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang.

Malahan, beliau juga pernah mencatatkan nama di dalam Malaysia Book of Records apabila memegang rekod jumlah tontonan video paling tinggi pada tahun 2019 dan mempunyai jumlah pengikut tertinggi di Facebook dalam kategori e-Sukan pada 2020 pula.

Sumber Gambar: Portal esport Malaysia

Menerusi perkongsian Exco Pembangunan Belia & Sukan Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani mengucapkan tahniah kepada Soloz atas pengurniaan pingat tersebut. Malah, beliau juga berharap agar Soloz akan terus menjadi sumber inspirasi buat seluruh belia di negeri Sembilan.

Tahniah diucapkan oleh pihak kami dengan pencapaian terbaharu beliau atas pengurniaan pingat itu dan semoga lebih ramai lagi golongan belia boleh mengikuti jejak langkah Soloz dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Sementara itu, Malaysia juga mempunyai pemain yang hebat di dalam permainan FIFA sekaligus berjaya melayakkan diri ke kejohanan besar di Jerman pada 2018 lalu.

https://www.thevocket.com/amtuah-wakil-asia-tenggara-untuk-kejohanan-fifa-18-di-jerman/?utm_source=thevocket&utm_medium=ajax_search&utm_campaign=search_result

https://www.thevocket.com/liga-malaysia-di-tempat-ke-5-dengan-undian-tertinggi-untuk-muncul-dalam-fifa/?utm_source=thevocket&utm_medium=ajax_search&utm_campaign=search_result