Pasaran telefon pintar sudah semakin merudum sejak beberapa suku tahun yang lalu ekoran penangan COVID-19 dan juga krisis ekonomi di peringkat global. Malah, pakar ekonomi juga sudah meramalkan perkara ini akan berlarutan untuk beberapa suku mendatang.

Apple bagaimana tampak yakin bahawa perkara ini tidak akan memberi kesan kepada jualan iPhone. Apple kini dilaporkan sudah memesan 90 juta iPhone 14 daripada Foxconn. Jumlah pesanan ini bersamaan seperti iPhone 13 tahun lalu. Untuk tahun 2022, Apple menyasarkan pengeluaran iPhone mencecah 220 juta unit.

Sumber Gambar: Grist

Tahun ini juga dilihat menarik kerana terdapat perbezaan penawaran pada siri 14 yang mana versi Pro menampilkan beberapa kemas kini termasuklah cip A16 Bionic, penggunaan panel yang lebih baik dan juga memori RAM yang tinggi. Sementara versi biasa pula hanya disertakan cip A15 Bionic yang sudah berusia setahun.

Malah, Apple juga sangat yakin pada kali ini bakal menerima jumlah jualan tinggi untuk versi Pro. Dari segi harga pula, versi Pro sudah pasti lebih mahal kerana dibawakan pelbagai ciri menarik menerusinya sementara versi biasa mungkin ditawarkan pada tanda harga yang sama seperti iPhone 13.

Syarikat Apple juga telah memilih bulan September untuk pengenalan iPhone dan Apple Watch baru.

Apple Pilih Bulan September Untuk Pengenalan iPhone Dan Apple Watch Baharu

Ekoran Campur Tangan Kuasa Besar, TSMC Mungkin Terpaksa Hentikan Pembuatan Cip Apple Dan Qualcomm