Pada ketika ini tengah hangat dibualkan tentang wakil Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi yang mengadakan lawatan rasmi ke Taiwan buat pertama kalinya sejak 25 tahun. Situasi ini telah menimbulkan ketegangan antara kuasa besar China dan Amerika Syarikat.

Taiwan Semiconductor Manufacturing  Company (TSMC) telah menjadi tumpuan utama dalam perbalahan terkini antara Amerika Syarikat dan China. China mengganggap lawatan UK ke Taiwan adalah campur tangan dalam polisi negara China ke atas Taiwan.

Sumber Gambar: Al Jazeera

China masih lagi mengaku wilayah Taiwan di bawah jajahannya, sementara Amerika Syarikat secara terbuka sering menyokong polisi dan usaha Taiwan untuk merdeka dari China.

Pengerusi TSMC, Mark Liu mengatakan sekiranya China menceroboh Taiwan, maka kilang pembuatan cip termaju di dunia akan mengalami kegagalan untuk beroperasi. Beliau menambah lagi TSMC memerlukan perhubungan global untuk terus beroperasi dari segi bahan mentah dan rangkaian ekonomi.

Sumber Gambar: SCMP

Oleh itu, sebarang campur tangan akan menyebabkan TSMC gagal meneruskan operasinya. Liu turut mengulas tentang peperangan Rusia-Ukraine yang telah menyebabkan gangguan rangkaian bekalan global.

Walaupun dalam konteks berbeza, beliau mengatakan perkara sama akan terjadi kepada bekalan cip dunia sekiranya mana-mana pihak ingin melakukan peperangan di Taiwan. TSMC merupakan pengeluar cip utama bagi Apple dan Qualcomm malahan bertanggungjawab terhadap lebih daripada 50% bekalan cip dunia.

Sementara syarikat Samsung dilaporkan sudah pun memulakan pembinaan kilang bateri bernilai RM5.77 bilion di Malaysia.

Samsung Dilaporkan Telah Memulakan Pembinaan Kilang Bateri Bernilai RM5.77 Bilion Di Seremban

Foxconn Berhasrat Membuka Kilang Di Malaysia Bagi Menghasilkan Cip Untuk Kenderaan Elektrik