Apple sedia mengadakan acara tahunan mereka pada bulan September untuk memperkenalkan sejumlah perkara baharu terutamanya pengenalan peranti iPhone generasi terkini.

Menerusi perkongsian Bloomberg, mereka menyasarkan Apple akan membahagikan fokus mereka kepada dua bulan iaitu September dan Oktober. Pada bulan September, Apple dijangka memfokuskan kepada siri iPhone 14 baharu termasuklah kemas kini iOS 16 yang dijalankan menerusi peranti itu.

Sumber Gambar: CNBC Ipsum

Malah, Apple juga akan memberikan perhatian kepada jam tangan pintar mereka iaitu Apple Watch Series 8 dalam bulan September juga. Sementara iPad pula dijangka akan menjadi fokus pada bulan seterusnya iaitu Oktober. Ditambah pula dengan spekulasi pengenalan iPad OS 16 ditangguhkan ke bulan Oktober kelak.

Dengan langkah ini, Apple akan dapat memudahkan lagi proses pemasarannya dan memastikan setiap peranti yang diperkenalkan akan menjadi fokus global pada bulan yang dinyatakan. Jadi, sama-sama kita nantikan bulan depan untuk menyaksikan kejutan yang dibawakan oleh Apple.

Sebelum ini juga, sudah hangat diperkatakan berkaitan Apple Watch Pro yang bakal hadir dengan rekaan serba baharu.

Lama Dinantikan Pengguna, Apple Watch Pro Dijangka Bakal Hadir Dengan Rekaan Serba Baharu

Apple Dilaporkan Telah Melantik Pakar Daripada Lamborghini Untuk Pembinaan Kereta Elektrik