Leica merupakan salah satu jenama yang sangat terkenal dalam arena fotografi dengan penghasilan teknologi kamera yang cukup baik. Oleh itu, pelbagai jenama terkemuka terutamanya syarikat pengeluar telefon pintar mahu mendapatkan kepakaran mereka dalam pembuatan kamera pada peranti terbaharu mereka.
Terbaharu, terdapat spekulasi mengatakan Leica dan Xiaomi sedang dalam proses pembuatan teknologi kamera pada barisan model Xiaomi 12 ini. Malah, ia juga dikaitkan secara khusus buat model Xiaomi 12 Ultra kerana dijangkakan bakal memiliki kamera utama sebesar 50MP yang juga mempunyai lensa periskop 1/1.5-inci dengan sokongan zum optikal 5x.
Sekiranya spekulasi ini benar-benar terjadi, ini bakal menjadi batu loncatan buat pihak Xiaomi dalam mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran dan juga boleh menarik minat ramai orang untuk mendapatkan telefon pintar terbaharu mereka disebabkan kebolehan kamera tersebut.
Difahamkan khabar angin ini sudah mulai dibincangkan sejak bulan Mei lalu dan dijangka pelancaran Xiaomi 12 Ultra bakal berlangsung pada awal tahun 2022. Barisan model Xiaomi 12 selain Ultra pula boleh akan diumumkan pada akhir tahun ini. Sama-sama kita nantikan maklumat rasmi yang diumumkan oleh pihak Xiaomi mengenai ini kelak.
Sementara menunggu ketibaan siri Xiaomi 12, siri sebelumya juga sudah menggegarkan pasaran telefon pintar dengan pelbagai penawaran menarik padanya.
4 Sebab Xiaomi 11T Pro Bakal Menggegarkan Pasaran Telefon Pintar Android
Siri Xiaomi 11 Dilancarkan Dengan Sokongan Pengecasan Hyper 120W Dan Refresh Rate 120Hz