Sejak kemas kini iOS 14 diperkenalkan dengan menawarkan fungsi widget, dapat dilihat ramai pengguna iPhone mula menghasilkan home screen yang cukup cantik mengikut kreativiti tersendiri menerusinya.

Hal ini telah menjadi trend di mana pengguna tampil berkongsi hasil kreativiti mereka di media sosial. Kini anda juga boleh berbuat sedemikian dengan mengetahui cara mengubah suai home screen iPhone tersebut.

Menerusi perkongsian seorang ahli kumpulan iPhone Malaysia Users iaitu Aleya Mohd Noor, beliau telah memberitahu cara mengubah suai home screen di iPhone anda untuk tampil lebih unik dan menarik. Anda juga boleh menukar gambar ikon widget mahupun font yang berbeza daripada tetapan asal. Terdapat 4 aplikasi yang diperlukan untuk membuat penukaran pada home screen tersebut.

cara mengubah suai home screen
Sumber Gambar: Facebook iPhone Malaysia Users

1. Pinterest

Pinterest merupakan sebuah gedung gambar yang menyediakan pelbagai gambar berkualiti yang boleh didapati secara percuma. Terpulang kepada kreativiti anda untuk membawakan sebarang tema pada home screen tersebut dengan memilih gambar yang bersesuaian. Gambar tersebut kemudiannya bakal dipakai untuk menggantikan gambar ikon yang asal.

2. Widgetsmith

Widgetsmith pula membolehkan anda mengubah suai susunan koleksi widget pilihan pada paparan skrin utama. Di samping itu, aplikasi ini hadir dengan pelbagai widget menarik dalam tiga ukuran yang berbeza untuk tampil lebih kemas. Anda boleh menambah gambar atau membuat perubahan pada ikon aplikasi dengan mudah menerusinya.

3. Fonts

Seterusnya dengan Fonts pula, anda boleh mengenakan rekaan font yang bersesuaian dengan tema yang dipilih pada home screen. Maka, home screen anda bakal kelihatan lebih harmoni dan sedap dipandang. Aplikasi Fonts telah menyediakan pelbagai pilihan font yang tampil dengan rekaan yang berbeza. Font yang telah dipasang juga boleh dipakai untuk bermesej sekaligus.

4. Shortcuts

Menerusi penggunaan aplikasi Shortcuts, anda boleh menggantikan ikon asal sesebuah aplikasi kepada rekaan baharu yang diingini. Sebarang gambar boleh disesuaikan mengikut tema pilihan pada skrin utama anda. Setelah ikon aplikasi baharu siap ditambah, anda hanya perlu memindahkan ikon aplikasi asal ke App Library.

Sekiranya anda mahu melihat langkah-langkah mengubah suai dengan terperinci, anda boleh tonton video di bawah sekaligus boleh diikuti dengan mudah. Untuk makluman, semua aplikasi yang disebutkan di atas boleh didapati secara percuma sahaja menerusi App Store.

Kini anda juga berpeluang menyerlahkan kreativiti masing-masing pada home screen iPhone untuk tampil lebih unik dan menarik. Bahkan aplikasi anda juga bakal berada dalam keadaan tersusun di mana dapat meningkatkan pengalaman penggunaan yang lebih menyeronokkan.

Ketahui 5 ciri menarik yang anda perlu cuba menerusi kemas kini iOS 15 yang terkini.

5 Ciri Menarik Yang Bakal Menarik Perhatian Anda Pada Kemas Kini iOS 15

Senarai iPhone Yang Bakal Menerima Kemas Kini Apple iOS 15 Bermula 20 September Ini

Sumber