Dalam kehidupan kita hari ini sudah semestinya banyak melakukan urusan serta menyimpan sejumlah fail pada peranti seperti laptop dan iPhone. Hal ini sekaligus memerlukan anda mengetahui cara pindahkan fail ke iPhone anda dengan mudah dan pantas.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @monalizapc, beliau telah mengajar cara pindahkan fail ke iPhone anda menerusi laman web di dalam talian sahaja. Cara untuk pindahkan fail juga semudah drag and drop sahaja kepada peranti tersebut. Mari pelajari tutorial ini dengan ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

1. Lawati laman snapdrop.net pada laptop anda.

cara pindahkan fail ke iPhone
Sumber Gambar: TikTok

2. Kemudian, buka pula laman yang sama iaitu snapdrop.net di Safari pada iPhone yang digunakan untuk menghantar fail yang dipilih.

cara pindahkan fail
Sumber Gambar: TikTok

3. Lalu, tarik fail tersebut daripada laptop dan letakkan pada logo telefon yang dipaparkan pada laman web itu.

Sumber Gambar: TikTok

4. Akhir sekali, anda boleh memuat turun fail yang dihantar pada iPhone berkenaan.

Sumber Gambar: TikTok

Untuk makluman, untuk membuat pemindahan fail ini sudah semestinya kedua-dua peranti perlu disambungkan pada rangkaian yang sama. Ini merupakan salah satu alternatif AirDrop terbaik yang digunakan ramai kerana ia boleh berfungsi pada platform Windows dan melakukan pemindahan fail dengan mudah pada iPhone anda.

AirDrop pula hanya terhad bagi peranti yang berada di dalam ekosistem Apple sahaja. Selain itu, anda juga boleh menghantar sebarang saiz fail dengan mudah dan menghantar fail dari iPhone ke laptop dengan menggunakan cara ini. Malah, terdapat pelbagai laman alternatif lain seperti ShareDrop, Send Anywhere, NitroShare dan sebagainya.

@monalizapc

Boleh share dekat member korang yang guna iPhone 😊 #sharingiscaring #iPhone #windows #techtok

♬ Campfire – Charmer & Klay

Semoga dengan mengetahui tutorial ini dapat memudahkan anda membuat pindahan fail daripada pelbagai peranti mahupun berlainan platform dengan mudah. Kini anda boleh memanfaatkan cara ini selain menggunakan iTunes ataupun AirDrop seperti sebelum ini. Perlu diingatkan sebaiknya anda jangan menghantar fail yang penting kerana tiada jaminan keselamatan.

Selain daripada itu, anda juga perlu mempelajari cara salin teks dalam gambar di iOS dan Android dengan mudah dan pantas menerusi pautan di bawah.

Mudah Dan Pantas, Ini Cara Salin Teks Dalam Gambar Di iOS Dan Android

Semudah Guna Aplikasi Google Fit, Ini Caranya Ukur Degupan Jantung Menerusi Kamera iPhone

Sumber