Selepas berlakunya pandemik, semakin ramai mulai menyedari kepentingan mempunyai pelaburan sebagai persiapan pada hari kecemasan. Maka, timbulah pelbagai inisiatif daripada syarikat perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pelan pelaburan yang dipercayai buat mereka yang berminat.

Terbaharu, aplikasi Touch ‘n Go eWallet kini telah memperkenalkan sebuah lagi ciri pelaburan baharu pada aplikasi mereka yang dinamakan GoInvest. GoInvest ini ditawarkan dengan kerjasama bersama pihak CIMB Principal yang mana dikatakan mematuhi syariah.

Sumber Gambar: Touch ‘n Go

Berdasarkan sasaran pulangan yang dilaburkan, pelaburan GoInvest ini menjanjikan pulangan sekitar 2.70%. Pengguna boleh memilih sasaran pelaburan untuk pelbagai tujuan seperti membeli kereta idaman, gaya hidup atau wang simpanan persaraan kelak.

Buat anda yang menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet, kini boleh menyemak ciri GoInvest ini pada peranti yang digunakan. Ciri ini boleh diakses dengan mudah pada halaman utama aplikasi tersebut.

Pada bulan April lalu, pihak TnG juga tawarkan skim pinjaman peribadi mencecah RM10,000 untuk penggunanya.

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Sedia Tawarkan Skim Pinjaman Peribadi Mencecah RM10,000

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Memohon Pelekat RFID Menggunakan Aplikasi TNG eWallet