Syarikat Touch ‘n Go pada Januari lalu pernah mengatakan mereka bakal memperkenalkan kad Touch n Go yang lebih advance yang mana boleh ditambah nilai terus menerusi aplikasi TNG eWallet. Lanjutan daripada itu, kini laman helpdesk TNG telah dikemas kini dengan memperlihatkan pengenalan kad baharu ini semakin hampir.

Menerusi laman helpdesk TNG, kad NFC baharu ini dikenali sebagai Enchanted Touch ‘n Go Card. Kad baharu ini akan hadir dengan integrasi sokongan NFC. Dengan sokongan NFT, anda boleh menambah nilai menggunakan telefon pintar dengan menyentuh kad baharu ini pada bahagian NFC telefon itu.

Sumber Gambar: Malaysia Trend

Dengan langkah ini, pengguna tidak perlu lagi mencari kiosk tambah nilai lagi dan boleh melakukannya secara terus pada telefon bersama aplikasi TNG eWallet. Untuk menikmati fungsi ini, Touch ‘n Go mengatakan pengguna terlebih dahulu perlu mengesahkan akaun TNG eWallet dan mempunyai telefon pintar dengan sokongan NFC serta sistem operasi minimum iOS 13 atau Android 4.4.

Anda juga perlu mengemaskini versi 1.7.72 untuk menambah sokongan Enchanted Touch ‘n Go Card itu. Kad baharu ini dijangka bakal dijual pada harga RM10 seperti kad TNG sedia yang lain. Selain itu, telefon pintar yang tidak disokong untuk melakukan tambah nilai buat masa ini.

Setakat ini, masih tidak diketahui lagi bilakah Touch ‘n Go akan memperkenalkan kad NFC baharu ini. Namun begitu, pihak TnG sudah pun menurunkan video dan informasi berkaitan kad tersebut tetapi sudah menjadi petunjuk yang ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Baru-baru ini, pihak TNG telah pun memperkenalkan skim pinjaman peribadi yang mencecah RM10,000 buat pengguna yang layak.

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Sedia Tawarkan Skim Pinjaman Peribadi Mencecah RM10,000

Pembayaran Minyak Menggunakan TnG RFID Sedia Ditawarkan Pada Beberapa Stesen Shell Terpilih

Sumber