Boleh dikatakan majoriti kita semua menggunakan kad TNG untuk membuat transaksi seharian. Namun adakah anda tahu cara memohon refund dari Touch ‘n Go sekiranya berlaku kehilangan kad TNG termasuklah MyKad atau sudah tamat tempoh?
Baki yang masih tinggal di dalam kad tersebut pasti sayang jika tidak didapatkan semula kerana boleh digunakan untuk penggunaan seterusnya. Oleh itu, mari kita pelajari cara memohon refund dari Touch ‘n Go yang betul dalam mendapatkan semula baki yang masih tersimpan di dalam kad tersebut.
Cara memohon refund dari TNG
1. Pertama sekali, anda perlulah mengetahui nombor siri kad yang dimiliki. Nombor siri atau digelar sebagai Mfg No ini boleh didapatkan pada resit tambah nilai yang dibuat atau berada di belakang kad yang dilabelkan sebagai Serial No.
2. Selepas itu, anda perlu daftarkan kad yang digunakan terlebih dahulu di laman TNG menerusi pautan ini. Setelah siap diisikan kesemua ruangan yang diperlukan, klik pada Proceed.
3. Untuk melengkapkan pendaftaran ini, anda perlu mengisi maklumat peribadi lengkap pada halaman berikutnya lalu tandakan pada I agree dan klik Proceed.
4. Setelah mencipta akaun, anda boleh teruskan dengan melog masuk pula. Di sini, anda boleh melihat senarai kad yang telah didaftarkan bawah nama anda termasuklah kad-kad lain yang berkaitan.
5. Kini barulah anda boleh melakukan tuntutan wang (e-Refund) menerusi pautan ini. Isikan maklumat yang diminta seperti nombor serial kad, jenis ID dan nombor.
6. Pada halaman ini, anda perlu mengisi maklumat lengkap termasuklah nama penuh, nombor telefon dan alamat e-mel. Perlu diingatkan pada ruangan nombor telefon perlu diisi tanpa kod negara seperti contoh 0180806969. Jika sudah selesai, klik pula Next.
7. Di sini, anda perlu mengisi sebab tuntutan wang mengikut situasi yang dihadapi dan maklumat berkaitan dalam membantu pihak TNG menjejak semula baki akaun anda dengan pengkalan data mereka.
Pada bahagian Refund Request, pilih Card Termination untuk kad TNG atau MyKad yang hilang atau suduh luput. Untuk pada Reason Code pula pilih jika kad anda hilang atau dicuri. Jika sudah luput, klik pada Expired Card. Bahagian Card with Deposit hanya pilih No jika anda tidak pernah membayar deposit dengan kad tersebut.
8. Setelah selesai maklumat yang diperlukan, tekan Submit. Maklumat anda akan dipaparkan semula dengan semua info yang dimasukkan. Jika anda guna TNG eWallet untuk terima wang refund, ia bakal memaparkan Bank Name:TNG eWallet.
9. Akhir sekali, anda teruskan proses seperti memasukkan CAPTCHA lalu tekan Submit. Sebaik selesai tuntuan di atas, anda akan dibawa ke halaman utama. Anda akan menerima e-mel mengesahkan permohonan refund ini. Anda akan menerima wang semula dalam masa 30 hari seperti yang dinyatakan oleh pihak Touch ‘n Go.
Untuk makluman, anda boleh membuat semakan status permohonan menerusi pautan ini dengan memasukkan case reference no yang diberikan menerusi e-mel. Anda juga boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi semula pihak TNG menerusi fungsi chat di laman TNG atau pergi ke cawangan di Nu Sentral dan Bangsar South jika masih tidak menerima refund.
Diharapkan dengan tutorial ini dapat membantu anda dalam mendapatkan semula wang yang masih tersimpan pada kad TNG atau MyKad yang mungkin hilang atau tamat tempoh. Anda boleh kongsikan artikel ini supaya lebih ramai orang mengetahui setiap langkah tuntutan wang dari TNG secara terperinci.
Selain itu, anda turut boleh mempelajari cara renew pasport secara dalam talian dengan mudah.
Tidak Perlu Beratur Lagi, Ini Cara ‘Renew’ Pasport Secara Dalam Talian Sahaja
Terima ‘Cashback’ Sehingga 25%, Ini Caranya Jimat Bayar Bil Telco Menerusi Shopee