Sudah pasti majoriti di kalangan kita perlu membayar komitmen yang banyak pada setiap bulan termasuklah bil bulanan telco dan banyak lagi. Apa kata kita mempelajari cara jimat bayar bil telco menerusi Shopee yang mudah.

Menerusi perkongsian akaun Twitter @danialtsu, beliau telah mengajarkan cara nak jimat bayar bil telco di Shopee secara terperinci. Dengan ini, anda boleh menikmati pembayaran bil telco dan banyak lagi pada harga yang lebih rendah. Mari kita lihat setiap langkah yang diperlukan untuk mendapatkan penjimatan berkenaan.

1. Pertama sekali, anda perlu menuntut baucar cashback yang disediakan oleh pihak Shopee menerusi pautan ini. Baucar ini akan tersedia setiap hari pada waktu 12 pagi dari 20 Mei 2022 sehinggalah 24 Mei 2022. Untuk lebih mudah, klik pada ikon ‘25% Cashback Prepaids & Bills’.

cara jimat bayar bil
Sumber Gambar: Twitter

2. Pilih bahagian MOBILE POSTPAID BILLS untuk membayar bil bulanan postpaid telco anda. Terdapat juga pilihan pembayaran bil lain yang boleh dibuat seperti bil air, bil elektrik, bil internet dan banyak lagi.

Sumber Gambar: Twitter

3. Kemudian, pastikan anda sudah menambah nilai yang secukupnya pada Shopee Pay. Sewaktu nak membayar nanti, tebus juga Shopee Coins untuk penjimatan yang berganda. Seperti di bawah, beliau hanya perlu membayar bil postpaid sebanyak RM7.50 sahaja untuk pakej yang digunakan.

cara jimat bayar bil
Sumber Gambar: Twitter

Untuk makluman, baucar ini sangat terhad yang mana boleh dituntut untuk mereka yang terawal sepanjang penawaran berkenaan. Kebiasaannya, baucar ini memang disediakan oleh pihak Shopee untuk tarikh yang sama pada bulan lain juga. Difahamkan hanya bil postpaid Maxis sahaja yang tidak menyokong baucar tersebut.

Selepas ini, anda sudah boleh berjimat dengan lebih banyak pada pembayaran bil postpaid dan lain-lain lagi. Malah, anda juga boleh menuntut baucar lain yang disediakan oleh Shopee untuk produk-produk terpilih daripada jenama terkemuka sepanjang promosi pada akhir bulan ini.

Sementara itu, ketahui juga cara renew pasport secara dalam talian yang mudah dan pantas.

Tidak Perlu Beratur Lagi, Ini Cara ‘Renew’ Pasport Secara Dalam Talian Sahaja

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Untuk Beli Barang Secara Terus Menerusi TikTok Shop

Sumber