Touch ‘n Go baru sahaja melancarkan kad Enchanted TNG yang membolehkan pengguna menambah nilai secara terus di telefon pintar. Sambutan yang sangat memberangsangkan oleh pengguna tempatan sehingga kehabisan stok setakat ini.

Dengan jumlah kad yang terhad, nampaknya terdapat beberapa scalper ingin mengambil kesempatan daripada situasi tersebut dengan menjual kad TnG baharu dalam talian pada harga yang berlipat kali ganda mahal. Hal ini kerana kad tersebut mempunyai permintaan yang sangat tinggi tetapi penawaran pula dalam jumlah terhad.

Sumbar Gambar: Shopee

Berdasarkan semakan awal di laman web Shopee, terdapat penjual yang menyenaraikan untuk kad TnG baharu yang kini berharga RM79 iaitu lapan kali ganda daripada harga penawaran sebenar pihak TnG dan sudah pun berjaya terjual.

Sebagai rujukan, syarikat Touch ‘n Go menjual kad baharu tu pada harga RM10 dan hanya dikenakan bayaran penghantara sebanyak RM5 bagi pesanan menerusi aplikasi TNG eWallet. Malah, terdapat penjual juga menawarkan pada harga RM65 dengan penghantaran secara percuma.

Sumber Gambar: TNG eWallet

Jika anda membeli daripada scalper ini, anda hanya menerima kad TnG baharu semata-mata dan tiada baki di dalamnya. Jadi, sangat tidak berbaloi untuk menggeluarkan sejumlah wang kerana hanya ingin mendapatkan kad TnG baharu semata-mata.

Dalam pada itu, pihak TnG juga sudah menjangkakan permintaan kad baharu ini sangat tinggi. Ditambah pula dengan krisis kekurangan cip global, permintaan kad itu akan melebihi bekalan. Setakat hari ini, kad tersebut masih kehabisan stok sama ada menerusi aplikasi Touch ‘n Go atau pun di hub fizikal TnG di Nu Sentral.

Sementera itu, Setel juga sudah mengacah untuk tawarkan aplikasi khas buat Apple Watch dalam memudahkan proses pembayaran petrol nanti.

Mahu Mudahkan Proses Pembayaran Petrol, Setel Bakal Tawarkan Aplikasi Khas Buat Apple Watch

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Sedia Tawarkan Skim Pinjaman Peribadi Mencecah RM10,000