Sejak kebelakangan ini, Malaysia dilihat sudah mulai menunjukkan perkembangan positif di dalam menuju ke arah lebih mesra alam dengan penambahan sejumlah fasiliti pengecas kenderaaan elektrik dan juga penawaran model kenderaan berasaskan EV oleh pihak pengeluar.

Terbaharu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikatnya iaitu Tenaga Switchgear berhasrat mahu membuka stesen pengecasan pertama mereka di Bangsar dan dijangka bakal siap menjelang 2023 nanti. Yang menariknya, stesen ini juga dijangka sedia menggunakan tenaga solar untuk menjana stesen tersebut.

Sumber Gambar: Wapcar

Jadi, setiap stesen tersebut bakal dipasang panel solar pada bahagian bumbung untuk menyerap cahaya matahari pada siang hari. Perlu diingatkan pengguna EV perlu membayar sejumlah cas menerusi kad kredit atau debit kad untuk menggunakan stesen pengecas pantas itu.

Dalam pada itu, TNB juga dijangka akan memasang pengecas pantas DC di ibu pejabat Kota Damansara seawal bulan hadapan. Menerusi penambahan jumlah pemilik kenderaan EV di negara ini, tidak mustahil syarikat TNB sedia memperluaskan lagi stesen pengecasan mereka di seluruh negara bagi menampung permintaan semasa.

Baru-baru ini, Shell baru sahaja melancarkan stesen pengecasan kereta elektrik berkuasa tinggi dengan janaan kuasa sehingga 180kW DC hasil kerjasama syarikat Porsche.

Shell Recharge HPC Pertama Malaysia Secara Rasmi Dibuka Di Tangkak, Johor

Singapura Muncul Tempat Keempat Dunia Sebagai Negara Paling Bersedia Untuk Pengangkutan Swapandu

Sumber