Mengikut perkembangan Xiaomi, syarikat ini sudahpun berkongsi tentang pembentukan sebuah bahagian yang khusus menfokuskan kenderaan pintar elektrik pada tahun ini. Dan kini Xiaomi telah mengumumkan pengambilalihan sebuah syarikat teknologi swapandu yang dikenali sebagai Deep Motion.

Berdasarkan laporan terbaru, Xiaomi menyasarkan dengan tindakan sedemikian dapat memendekkan masa penghasilan kereta elektrik. Namun begitu, Xiaomi menegaskan mereka masih sedang menghimpunkan sejumlah tenaga pakar untuk menghasilkan komponen kenderaan elektriknya.

vocket-tech-news-car-1
Sumber Gambar: The Driven

Selain daripada itu, Xiaomi ingin membangunkan teknologi swapandu tahap 4 untuk kendaraan yang dihasilkan. Mereka dilihat mula membuat pelaburan pada sebilangan syarikat yang menfokuskan kepada teknologi automotif.

Xiaomi menjangkakan bakal memperkenalkan kereta keluaran pertama mereka dalam tempoh 3 tahun lagi. Sama-sama kita nantikan pengenalan kereta elektrik keluaran Xiaomi yang bakal menggegarkan dunia automotif EV kelak.

Ketahui juga Xiaomi telah memperkenalkan sebuah robot anjing yang mampu mengawasi kawasan rumah.

Xiaomi CyberDog, Robot Anjing Yang Mampu Mengawasi Kawasan Rumah

Xiaomi Sasar Saingi Samsung Jadi Jenama No.1 Dunia Dalam Tempoh 3 Tahun Lagi

Sumber