Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Syarikat teknologi gergasi pada hari ini telah melihat potensi pasaran kereta elektrik sedang melonjak naik terutamanya dengan kejayaan Tesla menawarkan model hampir di seluruh dunia. Apple juga nampaknya tidak terkecuali selepas muncul spekulasi bahaya syarikat mereka sedang membangunkan kereta elektrik sendiri.

Menerusi laporan Bloomberg, Apple dilaporkan bakal memperkenalkan kereta jenama mereka sendiri menjelang tahun 2025 nanti. Malah, Apple dikatakan sedang mempercepatkan pembangunan kereta elektrik mereka untuk menyamai dengan jangkaan tarikh pelancaran dalam tempoh empat tahun lagi.

Sumber Gambar: NotebookCheck

Bukan itu sahaja, Apple Car yang sedang dibangunkan juga dijangka mempunyai sistem swapandu sepenuhnya dengan ketiadaan pedal atau stereng. Ini bukanlah perkara yang mudah untuk dikecapi memandangkan tiada syarikat pembuat kereta yang mampu mencapai ke tahap sebegitu lagi.

Oleh itu, Apple juga berkemungkinan bakal menawarkan kereta versi awal di mana hanya terdapat beberapa ciri bantuan pemandu yang dipertingkatkan seperti yang sedia ada pada kereta elektrik di pasaran. Selari dengan perkembangan terbaharu ini, Apple turut dikatakan merekrut ramai pekerja baharu untuk divisyen tersebut.

Selain Apple, terdapat beberapa syarikat pembuat telefon pintar yang berminat dengan penghasilan kereta elektrik termasuklah Xiaomi dan Oppo. Walaupun tiada pengumuman rasmi daripada Oppo, syarikat ini dikatakan sudah mula merekrut pekerja untuk beberapa jawatan yang merangkumi reka bentuk kokpit, pemanduan berasaskan AI dan sebagainya.

Sebelum ini juga, Xiaomi sudah mengambil alih sebuah syarikat teknologi swapandu yang dikenali sebagai Deep Motion untuk penghasilan kereta sendiri.

Xiaomi Mengambil Alih Sebuah Syarikat Teknologi Swapandu Untuk Penghasilan Kereta Sendiri

Mercedes-Benz Pamerkan Kereta Konsep Yang Mampu Dikawal Menerusi Minda

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group