Kereta elektrik merupakan satu pasaran besar yang sedang diceburi oleh sejumlah syarikat gergasi terkemuka seperti Xiaomi dan Huawei. Dengan teknologi semasa, kereta elektrik dijangka bakal digunakan secara meluas pada masa kelak ekoran penawaran harga lebih mampu milik.

Menerusi laporan Bloomberg, Apple dikatakan telah mengupah seorang bekas pembuat supercar Lamborghini iaitu Luigi Taraborrelli untuk mengetuai program kereta autonomi elektrik Apple tersendiri. Semasa di Lamborghini, beliau terlibat dalam pembangunan model kereta Urus, Huracan dan Aventador.

Sumber Gambar: LinkedIn

Malah, beliau telah berkhidmat selama 20 tahun di dalam bahagian penyelidikan dan pembangunan untuk Lamborghini. Pengalaman beliau sangat diperlukan oleh Apple kerana mereka tidak mempunyai pengalaman membina kereta selama ini.

Pelantikan Taraborrelli bersama beberapa individu penting lain di dalam industri automotif menunjukkan Apple masih komited untuk menghasilkan kereta elektrik tersendiri. Projek yang dinamakan Project Titan ini nampaknya diberikan nafas baharu setelah sekian lama tergendala ekoran pelbagai isu.

Pada tahun lalu, Xiaomi dilaporkan sudah mengambil alih sebuah syarikat teknologi swapandu untuk penghasilan kereta elektrik mereka.

Xiaomi Mengambil Alih Sebuah Syarikat Teknologi Swapandu Untuk Penghasilan Kereta Sendiri

Mercedes-Benz Pamerkan Kereta Konsep Yang Mampu Dikawal Menerusi Minda