Sejak kebelakangan ini semakin banyak pula berita berkaitan kecurian elektrik untuk tujuan perlombongan kriptowang yang disiarkan. Malah, kerajaan sendiri mengakui mengalami kerugian berbilion ringgit akibat daripada penggunaan elektrik secara haram.

Sehubungan itu, Tenaga Nasional Berhad kini dilaporkan telah mencadangkan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk mewujudkan tarif khas untuk pelombong Bitcoin sekaligus dapat menggurangkan kes kecurian eletrik di negara ini. Difahamkan sambungan elektrik secara haram untuk kegunaan perlombongan telah meningkat angkanya pada saban tahun.

Sumber Gambar: Kosmo

Dengan tarif khas ini, ia dijangka akan membolehkan mereka yang melombong Bitcoin mengikut undang-undang yang ditetapkan dan bukannya secara haram lagi. Selepas ini, pelombong kripto sudah boleh memohon penggunaan tenaga elektrik dalam skala besar dengan lebih selamat berdasarkan prosedur yang pasti disediakan kelak.

Buat masa ini, pihak Suruhanjaya Tenaga dikatakan sedang menilai cadangan yang diutarakan oleh TNB ini. Malah dengan inisiatif ini juga boleh menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara yang lebih bagus dalam jangka masa panjang.

Perkara ini sudah pun dilakukan di negara Kazakhstan yang sedia mencatu bekalan elektrik pelombong berlesen ekoran terdapat gangguan bekalan bagi kegunaan seharian.

Angkara Giat Melombong Kripto, Kazakhstan Sedia Mencatu Bekalan Elektrik Pelombong Berlesen

India Cadang Kenakan Denda Sehingga RM11.4 Juta Buat Individu Langgar Peraturan Kripto