Sementara kerajaan kita mahu menawarkan rangkaian 5G di seluruh negara, syarikat penyedia rangkaian juga sedang bertungkus lumus memperluaskan liputan agar lebih ramai yang boleh menikmatinya.

Terbaharu, Telekom Malaysia kini telah berkongsi hasratnya yang menyasarkan pemasangan fiber optik di Sabah mencapai 58% menjelang 2025 kelak. Dengan langkah ini, dianggarkan dapat menghubungkan sekitar 145,000 buat premis dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sumber Gambar: Macau Business

Dalam masa yang sama, TM turut memasang nod pertukaran internet TM di Kinabalu dan Penampang sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti pengalaman layanan bagi pengguna di Sabah. Beberapa TMIX baharu akan turut dipasang di Inanam, Kinarut, Menggatal dan Putaran menjelang Disember 2022 kelak.

Di Sabah, TM juga akan menyediakan pelayan kandungan di Penamppang yang membolehkan penempatan nod  Penghantaran Kandungan (CDN) dan digunakan oleh penyedia perkhidmatan penstriman dan lain-lain lagi. TM dilihat sangat komited mahu membawakan rangkaian internet yang baik selaras dengan era digitalisasi hari ini.

Tular baru-baru ini Malaysia dilaporkan berada dalam tangga ke-11 senarai kebocoran data tertinggi di dunia.

Malaysia Berada Dalam Tangga Ke-11 Senarai Ketirisan Data Tertinggi

Lebih 21 Juta Ciapan Berkaitan COVID-19 Di Malaysia Ditulis Sejak Jun 2019