Isu ketirisan data di dalam sesebuah negara sememangnya suatu perkara yang dipandang serius. Bukan sahaja maklumat boleh disalah gunakan untuk tujuan jenayah, malah ada mangsa yang menanggung kerugian yang besar ekoran wang di dalam akaun bank dicuri.

Menerusi laporan Surfshark, Malaysia kini berada di tangga ke-11 dalam senarai ketirisan data peribadi tertinggi setakat suku kedua 2022. Secara keseluruhannya, lebih 15 bilion maklumat pengguna akaun pengguna global telah tertiris sejak tahun 2014.

Sumber Gambar: Surfshark

Sementara di Malaysia sahaja, sebanyak 665,000 maklumat akaun pengguna telah tertiris pada suku kedua tahun 2022 yang mana memperlihatkan peningkatan mendadak sehingga 733% dari suku pertama 2022. Secara keseluruhannya, hampir 45 juta akaun pengguna Malaysia telah tertiris ke arena web setakat ini.

Di tempat pertama telah diduduki oleh Amerika Syarikat dengan jumlah ketirisan maklumat lebih 9 bilion, diikuti pula oleh Rusia sebanyak 3.42 bilion serta China yang berada di tangga ke tiga dengan jumlah 1.77 bilion. India pula berada di belakang China dengan jumlah ketirisan 984,000 dan akhir sekali Perancis dengan angka ketirisan terkumpul 880,000.

Sumber Gambar: Surfshark

Antara negara yang menunjukkan penurunan yang ketara untuk suku kedua 2022 ini termasuklah Myanmar yang berjaya mencapai 98% dengan jumlah akaun ketirisan berkurangan 20,408 kemudian diikuti Iraq pula sebanyak 89% dengan penurunan ketirisan 18,182 dan Libya mempamerkan penurunan 80% dengan pengguranggan ketirisan 2,910.

Masalah ketirisan data ini bukanlah suatu yang mudah untuk diatasi lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi semasa yang lebih canggih. Namun, kerajaan Malaysia sendiri masih dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap sekuriti data pengguna agar tidak boleh diakses dengan sewenang-wenangnya.

Berikut merupakan antara laporan berkaitan ketirisan data peribadi yang berlaku di Malaysia setakat tahun ini.

Semudah Masukkan Nama, Laman Web Ini Didakwa Mampu Pamerkan Data Terperinci Rakyat Malaysia

Didakwa 22.5 Juta Maklumat Rakyat Malaysia Tertiris, Datuk Seri Hamzah Zainudin Nafi Data Bukan Milik JPN

DragonForce Beri Amaran Ancaman Godaman, Berkemungkinan Tiriskan 40,000 Maklumat Imigresen Malaysia

Sumber