Setelah berkhidmat selama 10 tahun sebagai CEO Apple, Tim Cook telah melakukan sejumlah besar pembaharuan teknologi pada produknya dan berjaya dinobatkan syarikat paling bernilai di dunia. Menerusi pelbagai pencapaian yang diterima menerusi di bawah pimpinan beliau, kini Apple memberikan insentif lumayan pada hari istemewa tersebut.

Tim Cook dilaporkan telah memperoleh bonus bernilai $750 juta (~RM3.1 billion) sempena ulang tahun yang ke-10 beliau sebagai CEO. Insentif ini diberikan atas dasar prestasi Apple yang sangat memberangsangkan di dalam pasaran stok pada tiga tahun terakhir ini dan berjaya menjana pulangan pemegang saham hampir 192% pada tahun 2018 sehingga 2021.

vocket-tech-news-timcook-3
Sumber Gambar: INTHEBLACK

Dikhabarkan beliau turut mempunyai lebih daripada 5 juta pegangan saham Apple setelah mengambil alih peranan sebagai CEO sejak lebih sedekad yang lalu. Dan pada minggu lalu, beliau telah mendermakan sebanyak 70,000 pegangan saham Apple yang bernilai $10.4 juta (~RM43 juta) kepada sebuah badan amal yang dirahsiakan identitinya.

Untuk pengetahuan, beliau sudah menyertai syarikat Apple sejak 1989 dengan memegang pelbagai jawatan sebelum sampai ke tahap CEO. Jadi, sangat wajarlah jumlah yang diberikan kepada beliau kerana sudah menempuhi rintangan bersama Apple sejak dulu lagi.

Terdapat desas-desus Tim Cook dijangka akan meletakkan jawatan pada 2025 dan memberi laluan kepada golongan muda dalam memimpin Apple.

Tim Cook Dijangka Letak Jawatan Menjelang 2025 Selepas Pelancaran Sebuah Produk Kategori Baru

iPhone 13 Bakal Menyokong Komunikasi Satelit LEO Bagi Penggunaan Sewaktu Tiada Signal

Sumber