Tim Cook telah memegang jawatan ketua pengawai eksekutif (CEO) Apple selama sedekad pada tahun ini. Beliau pernah menyatakan tidak melihat dirinya akan berada di dalam syarikat Apple dalam masa 10 tahun lagi pada sesi temu bual sebelum ini.
Menurut wartawaan Bloomberg Mark Gurman minggu ini, Tim Cook mungkin bakal melepaskan jawatan CEO selepas melancarkan sebuah lagi produk dalam kategori baharu. Gurman menjangkakan produk yang dimaksudkan adalah kaca mata realiti pintar oleh kerana Tim Cook pernah membahaskan beberapa kali berkaitan realiti maya di khalayak umum sebelum ini.
Tambahan pula, produk ini sudah di dalam fasa pembangunan sebelum ia dilancarkan beberapa tahun lagi. Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa berkemungkinan besar Tim Cook akan bersara pada tahun 2025 oleh kerana mempunyai perjanjian gaji yang akan tamat pada tahun tersebut.
Dalam masa yang sama, Tim Cook juga berpendapat kedudukan sebagai CEO syarikat teknologi harus dipegang oleh golongan muda pula. Proses pencarian bagi memegang tampuk kepimpinan Apple sedang dilakukan dengan senarai calon yang bakal dipilih daripada dalaman.
Dikhabarkan antara produk yang mungkin ditawarkan oleh Apple pada masa hadapan adalah kereta elektrik dan kini masih di dalam proses pembangunan.
https://www.thevocket.com/bekas-naib-presiden-porsche-chassis-sertai-projek-apple-car/
https://www.thevocket.com/selepas-iphone-apple-dijangka-lancarkan-kereta-elektrik-menjelang-2024/