TikTok sehingga ke hari ini masih mengembangkan lagi potensi aplikasi mereka untuk menjadi pilihan semua lapisan pengguna. Bukan setakat mahu menarik lebih banyak pengguna baharu sahaja, bahkan mereka mahu menjadikan aplikasi ini lengkap dari semua aspek.
Terbaharu, TikTok dilaporkan sudah mulai menguji enam aplikasi permainan mini pada aplikasnya sejak minggu lalu Malah, pihak TikTok turut berkerjasama dengan sejumlah pembangun permainan terkemuka seperti Vodoo, Nitro Games, FRVR, Aim Lab dan Lotem.
Click here on mobile to play Mr Aim Lab's Nightmare! https://t.co/UTHBXLVJuK
— Aimlabs (@aimlab) July 28, 2022
Inisiatif ini dibuat atas dasar mahu menentukan jika terdapat permintaan daripada pengguna sendiri untuk bermain permainan mudah alih menerusi aplikasi mereka seperti yang ditawarkan oleh Netflix. Jadi, pengguna akan meluangkan lebih banyak masa pada aplikasi sekaligus mampu menjana pendapatan yang tinggi.
Menariknya, pencipta konten TikTok juga boleh memautkan permainan mini tersebut pada video yang dimuat naik. Jadi, pengguna boleh mengakses sesuatu permainan mini dengan mudah menerusi pautan yang disediakan. Setakat ini, pihak TikTok sedang menerokai permainan HTML5 pada aplikasi menerusi integrasi bersama pembangun permainan dan studio.
Permainan-permainan yang dibawakan adalah lebih ringkas dan ringan kerana mahu memastikan pengalaman bermain yang lancar serta boleh dinikmati oleh semua jenis peranti termasuklah peranti model lama yang berspesifikasi rendah.
Bercakap mengenai gaming, sebuah alat kawalan PlayStation khas untuk kegunaan iPhone telah diperkenalkan secara rasmi.
Alat Kawalan PlayStation Khas Untuk Kegunaan iPhone Diperkenalkan
Nintendo Joy-Con Sedia Digunakan Pada iPhone Menerusi Kemas Kini iOS 16