Fenomena permainan mudah alih pada telefon pintar yang semakin berkembang pesat telah membuatkan permintaan untuk aksesori sokongan seperti alat kawalan turut meningkat. Hal ini kerana dengan kehadiran aksesori ini boleh memberikan pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan.

Kini syarikat Backbone dan Sony berkerjasama dalam menawarkan aksesori berbentuk alat kawalan edisi Playstation untuk iPhone secara khususnya dinamakan Backbone One. Aksesori ini merupakan edisi dengan lesen rasmi PlayStation dan menyertakan rekaan Playstation padanya.

Rekaan alat kawalan ini menyamai rekaan ikonik pada alat kawalan konsol PS5 dengan sedikit penambahan butang padanya. Alat kawalan ini boleh disesuaikan pada model iPhone Mini sehingga iPhone Pro Max.

Menurut Sony sendiri, Backbone One ini boleh digunakan untuk memainkan permainan menerusi aplikasi Remote Play dengan menyokong sejumlah permainan mudah alih popular termasuklah Genshin Impact, COD Mobile dan banyak lagi. Bagaimanapun, Backbone untuk iPhone ini tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia setakat ini.

Sebelum ini, kita juga sudah menerima berita menarik berkenaan sokongan Nintendo Joy-Con yang boleh digunakan pada iPhone menerusi iOS 16.

Nintendo Joy-Con Sedia Digunakan Pada iPhone Menerusi Kemas Kini iOS 16

Sony Bakal Tawarkan 5 Pilihan Warna Baharu Untuk DualSense Dan Sarung PS5 Pada Tahun Hadapan