Sebahagian daripada anda mungkin mahu memperbaharui kad debit CIMB yang bakal atau sudah tamat tempoh. Ekoran kekangan tertentu untuk ke cawangan, anda boleh mempelajari cara menukar kad debit CIMB menerusi dalam talian sahaja.
Baca Juga:
- Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian
- Tidak Perlu Beratur Lagi, Ini Cara ‘Renew’ Pasport Secara Dalam Talian Sahaja
Pihak CIMB telah pun menyediakan laman khas untuk memudahkan pengguna memdapatkan kad debit baharu tanpa perlu ke cawangan. Majoriti kad debit boleh berbuat sedemikian. Mari pelajari cara menukar kad debit CIMB menerusi dalam talian.
Cara menukar kad debit CIMB menerusi dalam talian
1. Layari laman web khas CIMB untuk memohon pembaharuan kad debit tersebut dengan klik di sini.
2. Anda isikan maklumat yang diperlukan termasuklah enam angka nombor terakhir IC dan empat angka terakhir kad debit pada ruangan yang disediakan. Setelah selesai teruskan dengan klik pada PROCEED.
3. Selepas itu, dapatkan nombor OTP yang dihantar menerusi nombor telefon yang telah didaftarkan dan isikan nombor OTP untuk pengesahan. Klik Confirm untuk pergi ke proses seterusnya.
4. Pilih proses pembaharuan kad debit sama ada penghantaran atau kunjungan ke cawangan CIMB. Anda disarankan untuk mengambil pilihan pertama untuk penghantaran kad terus ke rumah tanpa perlu pergi ke cawangan lagi. Klik Proceed selepas sudah menandakan pilihan pertama.
5. Sahkan alamat untuk penghantaran kad debit, kemudian tekan pada Proceed dan Yes untuk pengesahan terakhir.
Selepas selesai menghantar permohonan, kad debit baharu akan dihantar dalam tempoh 14 hari berkerja pada alamat yang telah diisi. Perlu diingatkan, pembaharuan kad debit CIMB menerusi dalam talian hanya boleh dilakukan bagi kad kredit yang telah tamat tempoh atau bakal tamat dalam masa tiga bulan.
CIMB juga tidak mengenakan sebarang cas untuk pembaharuan kad debit mereka. Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda membuat pembaharuan kad debit CIMB yang mungkin sudah mahu tamat tempoh. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai cakna untuk membuat pembaharuan pada masa kelak.