Telekom Malaysia Bhd (TM) kini sudah mengumumkan bahawa mereka merupakan sebahagian daripada konsortium untuk membangunkan sistem kabel dasar laut baharu, Asia Tenggara-Timur Tengah- Eropah Barat 6 (SEA-ME-WE 6).

Kabel dasar laut ini bakal menghubungkan sejumlah negara termasuklah Malaysia dengan Singapura, Bangladesh, India Sri Lanka, Maldives, Pakistan, Oman, Djibouti, Arab Saudi, Mesir dan Perancis. TM sudah dilaporkan telah menandatangani perjanjian pembinaan dan penyelenggaraan (C&MA) dengan semua ahli konsertium baru-baru ini.

Sumber Gambar: Berita Harian

Di samping itu, kabel dasar laut ini dijangka sedia menawarkan laluan data terpantas dengan kadar latensi yang rendah di antara Malaysia ke Eropah. Dengan kecanggihan teknologi serta konsep sistem kabel terbuka akan membolehkan ia menyokong kapasiti rekaan lebih daripada 100Tbps.

Pelaburan dalam sistem kabel dasar laut turut bakal membolehkan negara terlibat menangani keperluan kapasiti untuk memenuhi peningkatan digital masa depan di seluruh Asia dan Eropah. Kabel dasar laut ini akan mendarat di stesen kabel baharu TM di Morib dan menjadi tambahan terkini kepada empat stesen pendaratan kabel antarabangsa TM yang sedia ada di negara ini.

Sebelum ini, Maxis juga sudah berjaya mencapai kelajuan internet sepantas 10Gbps dengan menggunakan teknologi fiber terbaharu.

Maxis Fiber Berjaya Capai Kelajuan Mencecah 10Gbps Menggunakan Teknologi Fiber Terpantas Malaysia

TIME Dinobatkan Penyedia Jalur Lebar Tetap Terpantas Untuk Suku Ketiga 2021