Pada hari ini semua penyedia perkhidmatan rangkaian berlumba-lumba mahu menawarkan akses internet berkelajuan tinggi buat pengguna di luar sana. Jika kelajuan 1Gbps sudah membuat anda terkesima, kini Maxis telah membuat kejutan dengan mencapai tahap kelajuan 10 kali ganda lebih pantas dari yang dinyatakan.

Terbaharu, Maxis dilaporkan sudah berjaya dalam percubaan teknologi 10G PON (Gigabit Passive Optical Network) yang mana mampu mencapai kelajuan muat turun hampir 10Gbps menerusi rangkaian fiber-to-home (FTTH). Percubaan yang dijalankan di Menara Maxis telah mempamerkan kemampuan memuat turun video bersaiz 1GB kurang daripada satu saat sahaja.

Sumber Gambar: Soyacincau

Untuk makluman, Maxis mengatakan setakat ini penggunaan fiber menggunakan teknologi GPON hanya menyokong sehingga 2.5Gbps. Lanjutan daripada itu, teknologi rangkaian optik pasif yang bakal digunakan Maxis ini dilihat jauh lebih pantas berbanding teknologi GPON sedia ada di Malaysia.

Akan tetapi, pihak Maxis bagaimanapun masih belum memaklumkan bilakah teknologi sebegitu canggih akan ditawarkan buat pengguna tempatan. Sama-sama kita nantikan hebahan maklumat lanjutan oleh Maxis yang bakal dikongsikan dari semasa ke semasa.

Antara manfaat penggunaaan internet kelajuan tinggi sudah semestinya dapat menawarkan pengalaman imersif dunia maya seperti yang dirancangkan oleh i-City kelak.

i-City Sedia Labur RM10 Juta Untuk Jadi Taman Tema Pertama Malaysia Dengan Teknologi Metaverse

Sunway Pyramid Muncul Sebagai Pusat Beli-Belah Pertama Malaysia Yang Mempunyai Tandas Pintar