Sudah menjadi satu keperluan wajib bagi setiap rumah untuk memiliki internet fiber sendiri di rumah bagi kegunaan seharian. Malah, terdapat sejumlah penyedia internet di Malaysia yang sekaligus perlu membuat perbandingan harga internet fiber terlebih dahulu.

Internet fiber menggunakan teknologi gentian optik yang menjadikan ia jauh lebih pantas dan stabil. Bagaimanapun, anda perlu menyemak ketersediaan penawaran internet fiber di kawasan yang didiami kerana tidak semua mendapat liputannya. Berikut merupakan senarai perbandingan harga mengikut syarikat perkhidmatan internet di Malaysia.

1. unifi

perbandingan harga internet fiber
Sumber Gambar: unifi

TM unifi merupakan tunggak utama di dalam penawaran internet fiber di Malaysia. Maka, terdapat sejumlah pakej yang sedia ditawarkan buat para pengguna yang meliputi secara meluas di seluruh Malaysia. Antara pakej yang boleh didapatkan semurah RM119 sebulan untuk kelajuan internet mencecah 30Mbps.

Bahkan, pihak unifi juga sedia menawarkan pakej internet bersama unifi TV yang merangkumi pelbagai saluran premium buat pelanggannya untuk pakej 100Mbps dan keatas. Pelan yang paling mahal setakat ini adalah 800Mbps yang berharga RM349 sebulan yang mana sesuai digunakan oleh heavy user serta bilangan pengguna yang banyak.

2. Maxis

Sumber Gambar: Maxis

Sekiranya anda merasakan pelan unifi terlalu mahal, Maxis juga menjadi pilihan utama kerana sedia menawarkan harga pelan yang agak menarik. Malah, Maxis juga hadir dengan penawaran pakej seakan unifi dengan diberikan router Wi-FI 6 serta memiliki peranti lain seperti TV dan sebagainya dari jenama terkemuka.

Menerusinya, anda boleh mendapatkan pelan 30 Mbps serendah RM89 sahaja sebulan yang sesuai digunakan untuk melayari laman web atau menstrim pada beberapa peranti sekaligus. Pelan yang dilihat paling berbaloi didapatkan adalah Maxis Home Fibre 300Mbps yang berharga RM149 sahaja yang boleh menyokong lebih banyak peranti serta memuat turun fail besar tanpa sebarang masalah.

3. Celcom

Sumber Gambar: Celcom

Celcom juga sedia menawarkan beberapa pakej menarik internet pantas tanpa batasan buat para pengguna. Pelan ini dinamakan sebagai Celcom MAX yang baru sahaja dilancarkan tahun lalu. Celcom MAX secara asasnya menggabungkan bil internet fiber dan internet mudah alih dalam satu bil.

Pelan ini sangat sesuai untuk para pengguna Celcom tegar yang mahukan pelan internet mudah alih dan fiber dalam satu pakej. Pelan 100 Mbps boleh didapatkan pada harga serendah RM179 sebulan. Malah, setiap pakej ada ditawarkan mesh WiFi yang perlu dibeli dan ada percuma untuk memperluaskan liputan internet yang lebih stabil sewaktu digunakan.

4. Digi

perbandingan harga interent fiber
Sumber Gambar: Digi

Seterusnya, syarikat Digi turut sedia menawarkan pelan internet fiber seumpama di atas tetapi kurang diketahui umum. Seperti Celcom, ia menawarkan pelan potongan harga yang berbaloi jika anda sudah melanggan pelan pascabayar Digi. Sebagai contoh, jika anda mahu melanggan Digi Fibre 150, terdapat tawaran terhad RM120 sebulan selama  dua tahun.

Malah, bagi pelangan pascabayar 90,120,150 dari pelan 2021, anda boleh mendapat potongan RM30 lagi sekaligus menjadikan harga yang perlu dibayar untuk pelan 300Mbps hanyalah RM100 sahaja. Anda juga akan mendapat router WiFi 6 terkini secara percuma apabila melanggan mana-mana pelan tersebut.

5. U Mobile

perbandingan harga interenet fiber
Sumber Gambar: Digi

Selain itu, U Mobile juga bukan nama asing lagi di dalam industri telekomunikasi dengan menawarkan pelbagai pelan menarik buat rakyat marhaen. Mereka juga sedia menawarkan internet jalur lebar tetap dengan liputan yang lebih baik untuk kegunaan seharian anda. Meskipun harga U Mobile fiber amatlah murah, anda perlu padankan dengan pelan Unlimited HERO mereka bersama.

Jika dilihat pada pelan yang ditawarkan, anda boleh menikmati interenet sepantas 1Gbps dengan harga semurah 1Gbps sebulan. Pakej yang lain juga dilihat sangat berbaloi dan mampu boleh menampung keperluan internet seharian anda tanpa sebarang masalah.

6. TIME

Sumber Gambar: TIME

Akhir sekali, TIME sangat didambakan oleh ramai pengguna kerana penawaran pelan yang cukup menarik dengan harga mesra poket. Anda boleh melanggan pelan internet 100Mbps dengan harga RM99 sahaja. Malah, internet dengan kepantasan 1Gbps sedia ditawarkan dengan harga RM199 sebulan.

Pengguna juga boleh menikmati internet secara percuma bagi bulan pertama sebaik melanggannya. Kelemahan yang didapati pada TIME hanyalah kekurangan liputan di kawasan umum di Malaysia dan hanya dinikmati oleh mereka yang mendiami  kondominium mahu pun sebahagian perumahan mewah sahaja.

Semoga perkongsian perbandingan harga internet fiber ini memudahkan anda untuk membuat pemilihan perkhidmatan internet yang bersesuaian dengan bajet serta keperluan seharian anda. Anda juga diingatkan untuk membuat semakan liputan internet fiber terlebih dahulu di kawasan perumahan yang didiami.

Ketahui juga perbandingan pek permulaan prabayar telco yang ditawarkan pada tahun 2022.

Perbandingan 6 Pek Permulaan Prabayar Telco Yang Ditawarkan Pada Tahun 2022

Maxis Fiber Berjaya Capai Kelajuan Mencecah 10Gbps Menggunakan Teknologi Fiber Terpantas Malaysia