Boleh dikatakan majoriti pengguna hari ini mempunyai peranti tambahan untuk pelbagai tujuan. Maka, para pengguna masih tercari-cari pek permulaan prabayar telco mana yang berbaloi untuk didapatkan bagi peranti tersebut.

Setiap penyedia perkhidmatan sedia menawarkan pelbagai kelebihan pada pelan yang ditawarkan agar menarik lebih banyak pengguna menerusinya. Jadi, mari kita perbandingan pek permulaan prabayar telco yang terdapat di pasaran Malaysia hari ini.

1. Maxis Hotlink Prepaid Unlimited & Prepaid 365

pek permulaan prabayar telco
Sumber Gambar: Maxis

Hotlink menawarkan pek permulaaan prabayar Hotlink Prepaid Unlimited mereka pada harga RM10 dengan baki kredit tersedia sebanyak RM5 dan juga internet asas 500MB pada kelajuan 64kbps. Tarif panggilan mereka pula adalah pada RM0.30/minit sementara SMS pada RM0.15/SMS.

Malah, mereka turut menawarkan sebuah pelan prabayar lain yang dinamakan Hotlink Prepaid Internet 365 Online yang dijual pada harga RM25. Menerusinya, anda bakal menerima RM2 kredit tersedia berserta kuota internet pantas sebanyak 10GB yang sah selamat setahun. Tarif panggilan dan SMS sama seperti pek Hotlink Prepaid Unlimited di atas.

2. Celcom Xpax

pek prabayar permulaan telco
Sumber Gambar: Celcom

Pek prabayar daripada Celcom boleh didapati pada harga RM10 sahaja. Apabila diaktifkan, anda bakal menerima kredit berbaki RM6 manakala tarif suara dan SMS mengikut kadar masing-masing iaitu RM0.30/minit dan RM0.15/SMS. Internet asas untuk Celcom Xpax adalah pada kelajuan 64kbps dengan kuota 1GB

Menariknya, anda juga berpeluang menerima kuota data internet laju sebanyak 10GB melalui promo “Monthly Freebie” untuk beberapa aplikasi khusus seperti PUBG, Arena Of Valor dan Free Fire. Bagaimanapun, anda hanya perlu menambah nilai sekurang-kurangnya RM10 pada setiap bulan untuk menikmati Monthly Freebie selama tiga hari.

3. Digi Prepaid Next

pek permulaan prabayar telco
Sumber Gambar: Digi

Selain itu, Digi juga sedia menawarkan pek prabayar buat pengguna yang dinamakan Digi Prepaid Next. Kad Sim Digi ini boleh didapatkan menerusi Digital Store Express (DSE), Digi Store Online(DSO) dan pengedar sah di seluruh negara. Terdapat dua jenis kad sim Digi Prepaid Next yang ditawarkan.

Pertama sekali, anda boleh dapatkan jenis Lightning SIM yang membolehkan pengguna memilih empat angka terakhir dalam nombor telefon yang dibeli. Kad Sim bakal siterima secara percuma tetapi anda perlu melanggan salah satu daripada pelan Prepaid Next iaitu Next15, Next30, Next35 atau Next45.

Sementara jenis yang kedua pula adalah pek biasa yang sudah ada nombor dipautkan padanya. Pek ini boleh didapatkan pada harga RM15 dan sebaik diaktifkan, sim ini sudah pun melanggan secara automatik pelan Next15. Kedua-dua pek daripada Digi ini tidak didatangkan dengan kredit tersedia. Tarif suara dan SMS untuk pelan ini adalah RM0.10/minit dan RM0.10/SMS.

4. U Mobile Unlimited Funz

pek permulaan prabayar telco
Sumber Gambar: Umobile

Pek permulaaan prabayar U Mobile dikenali sebagai Unlimited Funz Starter Pack. Harganya pula adalah RM10 dan anda menerima Baki kredit sebanyak RM6 dan kuota internet berkelajuan tinggi 200MB yang sah selamat 5 Hari.

Bagaimanapun, Umobile memberikan akses data internet tanpa had untuk sejumlah aplikasi seperti Facebook, IMO, Messenger, WhatsApp, Instagram,Twitter, Viber, Wechat dan PUBG selepas anda menambah nilai RM10 ke dalam akaun.

Tarif panggilan untuk prabyar Umobile adalah RM0.30/minit manakala untuk SMS dikenakan RM0.12/SMS. Internet asas yang disediakan U Mobile berkelajuan 64kbps sahaja.

5. Unifi Mobile #BEBAS Starter Pack

Sumber Gambar: Unifi

Seterusnya, anda juga mungkin berminat dengan pek permulaaan prabayar yang ditawarkan oleh Unifi di dalam pasaran. Pek ini boleh didapatkan pada harga RM10. Sebaik diaktifkannya, anda bakal menerima data LTE sebanyak 3GB tanpa sebarang tarikh luput.

Oleh itu, anda hanya perlu pastikan talian yang digunakan aktif dengan cara membuat panggilan keluar, tambah nilai ataupun beli sebarang pas add-on. Tarif panggilan suara untuk pek ini adalah RM0.20/minit dan SMS pula dikenakan RM0.10/SMS. Anda boleh baca terma dan syarat terlebih dahulu di sini.

6. YES 4G Kasi Up Prepaid

Sumber Gambar: Yes 4g

Akhir sekali, pek permulaaan prabayar YES 4G Kasi Up boleh didapatkan pada harga Serendah RM15. Apabila diaktifkan nombor tersebut, anda bakal menerima kuota internet LTE dengan tempoh sah selama tiga hari.

Tarif panggilan suara untuk prabayar YES 4G sedia dikenakan RM0.09/minit dan bagi setiap SMS yang dihantar akan ditarif sekitar RM0.09/SMS. Perlu diingatkan tentang prabayar YES 4G tidak boleh digunakan pada iPhone untuk membuat panggilan tetapi masih boleh digunakan data untuk askes internet menerusinya.

Diharapkan dengan senarai di atas dapat memudahkan anda membuat pemilihan pek prabayar mengikut keperluan bagi kegunaan peranti. Anda juga diminta untuk menyemak liputan rangkaian terlebih dahulu di mana anda boleh menggunakan aplikasi Opensignal yang tersedia buat pengguna iOS dan Android bagi memastikan mempunyai signal yang kuat untuk kelancaran penggunaan seharian.

Tular baru-baru ini di mana pihak Maxis berjaya mencapai kelajuan mencecah 10Gbps dengan kebolehan memuat turun video bersaiz 1GB kurang satu saat sahaja.

Maxis Fiber Berjaya Capai Kelajuan Mencecah 10Gbps Menggunakan Teknologi Fiber Terpantas Malaysia

Kerajaan Sedia Lancarkan Aplikasi Panduan Pemilihan Telco Yang Terbaik Buat Pengguna