Sudah wujud sejumlah syarikat yang mengadaptasi teknologi blockhain selaras dengan peredaran semasa. Minat terhadap blockchain dilihat semakin meningkat pada saban hari sekaligus menarik pemilik bisnes untuk turut menawarkan fasiliti blockchain.

Starbucks kini telah pun berkongsi maklumat lanjut berkenaan perancangan menawarkan sistem ganjaran berasaskan blockchain dan juga NFT menerusi program Starbucks Odyssey. Untuk makluman, CEO Starbucks sudah pun mengumumkan hasratnya berkenaan perkara ini sejak awal tahun ini lagi.

Sumber Gambar: Starbucks

Dalam masa yang sama, Starbucks turut mengumumkan program ini akan menyokong blockhain berasaskan Polygon. Starbucks menambah lagi bakal mengintegrasikan Starbucks Rewards yang sedia ada bersama-sama dengan sistem NFT ini pada masa kelak.

Difahamkan setiap ahli Starbucks berpeluang menikmati ganjaran yang lebih besar menerusi pengenalan sistem terbaru ini. Setakat ini, penawaran lengkap masih tidak dinyatakan lagi tetapi anda boleh menjadi yang terawal kerana sudah mempunyai laman khusus untuk pendaftaran waitlist program Starbucks Odyssey ini.