Perkembangan NFT yang sangat positif secara global kini mulai menarik minat ramai orang terhadap aset digital tersebut. Bahkan, sebahagian permintaan terhadap sesetengah NFT terkemuka telah merancakkan lagi urus niaga di platform jual beli NFT seperti OpenSea dan seumpamanya.

Menerusi laporan The Guardian, pada tahun ini sahaja pengumpul dan pelabur sudah membelanjakan sebanyak $22 bilion (~RM92.5 bilion) untuk pemilikan NFT, yang dilihat menunjukkan peningkatan daripada $100 juta (~RM420 juta) pada tahun 2020. Data ini telah dikeluarkan daripada DappRadar, yang mana kerap menawarkan laporan NFT.

Sumber Gambar: The Verge

Pasaran NFT boleh mencecah sebegitu besar nilainya ekoran kegilaan ramai terhadap koleksi eksklusif jenama terkemuka seperti BAYC dan avatar Matrix dijadikan sebagai NFT dan kemudiannya menjadi aset pelaburan utama. NFT yang paling termahal terjual setakat ini hasil karya kolaj digital oleh artis Beeple yang berharga RM269 juta.

Selain itu, salah satu faktor utama dalam peningkatan dagangan NFT adalah penyertaan pelbagai firma atau individu terkenal terdiri daripada bintang Hollywood, selebriti sukan, Coca-Cola, Adidas dan Nike dalam menawarkan barangan eksklusif menerusinya.

pasaran nft
Sumber Gambar: The Coca Cola Company

Dengan kekuatan tarikan nama-nama terkemuka ini memberi impak yang besar kepada NFT dan industri blockchain secara keseluruhan. Malah, sebahagian mereka juga sedia perkembangkan penawaran di dalam blockchain dengan mencipta dunia meta serta permainan pay-to-earn yang pasti menarik minat lebih ramai orang pada masa kelak.

Sementara itu, penganalisis di firma penyelidikan Global Data pula memberikan amaran bahawa NFT adalah aset berisiko dan tidak mempunyai regulasi untuk mengawal pasaran tersebut. Selain itu, Global Data menyifatkan NFT perlu mengambil masa beberapa tahun sebelum ia menjadi pasaran konvensional.

Selain NFT, dunia meta juga dilihat menerima populariti yang tinggi sehinggakan mendorong nilai token NFT meningkat sehingga 42% sejak bulan lalu.

Populariti Metaverse Berjaya Dorong Token NFT Meningkat Sehingga 42% Sejak Bulan Lalu

Dalam Tempoh Seminggu Sahaja, Jualan Tanah Di Metaverse Berjaya Mencapai RM423 Juta